JUST ME AND ME AGAIN

Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Friday, November 21, 2014

AL KISAH,,,PELITA,MINYAK TANAH DAN TERKENCING MALAM...

Ermmm...Menung-menung ni teringat lak kisah dulu-dulu masa kecil.Masa belum sekolah sekitar tahun awal 70an.Aku teringat cerita minyak api.Atau pun nama lainnya minyak gas atau pun minyak gasolin dan juga minyak tanah.Kebiasaannya minyak api digunakan sebagai bahan bakar untuk pelita.Masa tu mana ada bekalan elektrik,jadi pelita minyak tanah adalah satu kemestian pada setiap rumah.

Masa tu minyak api ni harganya murah sangat.Semua mampu beli.Banyak juga kegunaannya selain dari menyalakan pelita.Salah satu yang aku nak cerita kat korang ni pelik sikit bunyinya.Hu hu...

Begini,dulu-dulu bilik air tak ada kat dalam rumah.Kalau ada pun kat luar rumah belakang dapur.Tu kira baik gak,kebiasaannya jauh dari rumah.Maksudnya dimana ada kawasan mata air dikawasan rendah,disitulah perigi digali.Maka dimana ada perigi disitulah didirikan bilik air.Jadi korang bayangkan kalau nak buang air tengah-tengah malam.dah lah tak ada lampu.Memang susah.Lebih-lebih lagi kalau budak perempuan.Dah tentu nak cari teman.Sebab takut punya pasal ada yang tahan kencing..last-last terkencing atas tilam...Mang haru..Bab nak meneman ni yang susah.Syok-syok tidur,kejut suruh teman adik gi kencing kat perigi...Adoi...

Jadi berbalik kepada minyak api ni,kebiasaannya selepas isyak sebelum tidur mak kita orang akan panggil anak-anaknya yang kecik.Singkap baju paras dada dan mak akan gunakan minyak api yang ambil dari pelita,lalu disapukan rata-rata pada perut kita orang.Itulah rutin kita orang setiap malam sebelum tidur.Alasan mak,agar kita orang tak terkencing malam.Jadi tak menyusahkan sesiapa.lagi satu mak kata,agar perut kita orang tak kembung masuk angin.Maklumlah,dinding kayu.Lobang sana sini.Angin sepoi-sepoi je masuk.Sejuk nak mampos..

Korang rasa logik ke minyak api ni leh wat kita tak terkencing malam?Entahlah,aku pun tak pasti..Tak ada fakta langsung..Hu hu..Tapi masa tu,tu aje jalan yang ada...Zaman sekarang tak kisah berapa kali korang nak kencing malam,tandas dalam bilik tidur.Belasah je...

Namun apa yang nak aku katakan disini,cara tu memang berkesan pada masa tu.memang kita orang tak terkencing malam.Pelik memang pelik bila difikirkan pada hari ini.Tapi pada masa tu kita orang tak rasa pelik pun.Kita anggap satu keperluan la pulak...ha ha ha...Lagi satu,nanti korang jangan sapu lak perut anak korang ngan minyak api kalau anak korang asyik terkencing malam.Bukan apa aku takut nanti habis satu rumah bau minyak api.Haru..Sebab rumah korang rumah batu..Angin tak kuar masuk macam rumah kami dulu-dulu...ok

Asalammualaikum,,jumpa lagi


Monday, September 9, 2013

HONDA BURUK,AIR PANCUT DAN 2 EKOR BURUNG




Melanguk kat stesen bas....Panas nak mampos...Peluh meleleh satu badan..Kalau bukan kerana moto buruk aku buat hal,upah pun tak sanggup aku nak melanguk kat sini...Tengok air pancut kat taman depan tu,,rasa2 aku nak terjun je..Tapi nanti aku di cop gila pulak...Mat bangla pun tak buat perangai macam tu....Tengok kiri,tengok kanan,,ada dua ekor burung bertenggek kat atas batu sebelah air pancut.Seekor betina dan seekor jantan.Aku tengok jam tangan,,ermmm,,pukul 2;30 petang..Panas...mang patut pun burung dua ekor tu bertenggek kat atas batu sebelah air pancut..Asyik sungguh burung dua ekor tu..Bertenggek rapat2 sambil melaga2kan kepala sesama sendiri.Sesekali burung dua ekor tu mengepak2kan kepaknya...Seronok sangat agaknya dapat berdua2an bertenggek ditepi air pancut..

Aku alihklan pandangan kearah bas yang baru berhenti..Berpusu2 orang turun dari bas.Kecik ada besar ada.Tua ada muda ada.Lelaki ada pompuan ada...masing2 sibuk dengan arah tujuan masing2.Cuma aku seorang yang sibuk melihat perangai mereka.Dalam ramai2 yang turun dari bas itu,tidak seorang pun yang mengendahkan 2 ekor burung yang bertenggek di tepi air pancut.Apakah mereka tidak nampak?Atau pun mereka sengaja buat tak nampak?Mungkin dah biasa kot melihat 2 ekor burung ni bertenggek.Tak tau lah aku...

Aku alih pandangan semula kearah 2 ekor burung tu.Dah lesap...Cepat pulak mereka terbang.mencari makanan,mungkin dah kelaparan kot?Agaknya lah....Lantak koranglah,jangan mintak duit kat aku sudahlah...Aku pun tengah kering neh..Cuma yang aku sedih burung 2 ekor tu berbangsa melayu,pastinya beragama islam dan pastinya mak bapak diorang pun melayu dan beragama islam jugak.Melayu memang hebat,tengah hari panas pun boleh buat projek...Tak hirau orang kiri kanan...

Aku...?Aku pun hebat jugak...dah hampir 3 jam aku melangok kat sini menunggu bas yang tak kunjung tiba...Ni semua gara2 moto buruk aku meragam..Sakit perut agaknya,,maklumlah harga minyak dah naik 20 sen..Mau tak sakit perut asyik minum minyak petrol dalam botol meneral kat kedai runcit...Hua hua hua...

Sunday, September 8, 2013

SELAMAT JALAN ROMEO-NASIB BAIK ENGKAU KIM

Hari minggu adalah hari yang amat membosankan bagi orang seperti aku kalau asyik terperap dalam bilik dari pagi sampai ke malam dan dari  malam sampai ke pagi balik.Jadi aku atur langkah menuju ke kota raya.Aku belum fikir mana tempat nak aku tuju hari ni.Apa2 hal pun,gerak dulu,dalam kereta boleh difikirkan.

Namun dah hampir sampai ke kota raya,otak aku masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan muktamat,kemana harus aku berlabuh.Akhirnya aku berhenti dihadapan sebuah kedai menjual barangan logam.Bukan niat aku nak kesana,cuma disitu je ada parking yang kosong.Aku melangkah keluar tanpa tujuan.Pusing punya pusing aku terpandang sebuah kedai menjual dvd.Ok,cantik,aku akan kesana.Bukan untuk membeli dvd,tetapi untuk berjumpa seseorang.

Pintu kedai aku tolak.Melangkah masuk sambil mata aku liar memandang kekiri dan kanan.Tak nampak pulak budak ni ke dia tak bekerja hari ni.Aku membuat tekaan selepas apa yang aku cari tidak ketemui.Aku ambil keputusan untuk keluar.Sebaik sahaja aku berpusing mengadap kepintu terdengar satu suara  pelat berbahasa melayu memanggil nama aku..

"Rom..Rom..Itu awak ka..?Wa ada sini lah.."

"La,,aku ingat engkau tak ada tadi,aku nak blah je..."

"Ada,,wa sibuk sikit sana belakang..Lama tak nampak awak,awak sibuk ka..?"

"Aku macam biasa je,sibuk ke tak sibuk sama je...Jom,aku belanja engkau makan,lagi pun lama dah kita tak sembang2..."

"Boleh,jom,lagi pun sekarang time makan ma... saya belanja.."

Kami keluar dari kedai dvd bersama.Kedai makan tak jauh dari situ,jadi tak perlu naik kereta.Lagi pun aku bukan jenis yang suka pilih memilih tempat makan,asalkan halal dan bersih,cukup..Ops,lupa pulak aku nak perkenalkan kat korang siapa budak cina bersama dengan aku sekarang.Namanya Kim,asal Seremban,ni duk kat kota dah 3 tahun..Kerja biasa je,sebab spm lingkup.Tapi aku respek dengan budak2 cina sebab diorang gigih mencari rezki biar pun masih muda dan berjauhan dengan keluarga.

Aku kenal dengan Kim semasa beratur untuk membeli tiket bas di terminal bas Seremban.Kim beratur dihadapan aku.Hari tu pulak punya lah ramai yang beratur untuk ke kota.Masing2 berasak asak untuk mendapatkan tiket.Termasuk lah aku dan Kim.Bukan niat aku nak mengorat Kim,lebih2 lagi dalam keadaan hiruk pikuk di kaunter tiket.Namun disebabkan badan Kim yang kecil membuatkan dia susah untuk berebut.Sering kali Kim ditolak kekiri dan kekanan,sampai aku naik kesian pulak.Lalu aku menawarkan diri untuk membelikan tiket bas buat Kim.Mungkin merasakan yang dirinya dah naik penyek dihimpit kedepan ,kebelakang,Kim terus bersetuju bila aku tawarkan diri membantunya walau pun Kim tak mengenali aku.Kim hulurkan duit,tapi aku tolak,aku katakan kepadanya,biar aku beli dulu,nanti baru bayar bila dapat tiket.Lalu aku suruh Kim tunggu di bangku simen bersebelahan kedai majalah.

Setelah tiket berjaya aku beli,lalu aku menuju kearah Kim yang masih menunggu.Kesian betul aku tengok amoy cina ni dengan beg besar mengalahkan orang nak pergi ke Mekah.Tiket aku berikan dan disambut oleh Kim sambil menghulurkan pula duit bayaran tiket.Namun aku tolak.Aku katakan padanya aku belanja.Kim mengucapkan terima kasih sambil bertanya tujuan aku nak kemana.Aku katakan kepadanya yang aku hanya membelikan tiket untuk kawan aku.Jadi apa salahnya aku belikan sekali tiket untuk Kim.Kim mengangguk lalu memperkenalkan dirinya dan tujuan dia hendak ke kota.Aku hanya tersenyum dan kemudian meminta diri untuk beredar.

Kami berpisah disitu.Aku melangkah pergi.Bagi aku itu hanyalah pertemuan biasa yang tak membawa apa2 makna  kepada aku.Kim aku lupakan,hinggalah pada awal tahun yang lalu aku terserempak dengannya di dalam sebuah kedai dvd.Mulanya aku tak perasan,namun sebaik sahaja aku terdengar pelat kata2nya melayan pelanggan,minda aku pantas merungkaikan memory data didalam otak.Aku yakin,pasti budak cina di terminal bas dulu..Tambah pulak dengan susuk tubuhnya yang kecil molek,aku pasti sangat.Lalu aku beranikan diri bertanya kepadanya.Bagi aku tak rugi apa pun kalau tersalah orang,Bukan kena bayar pun.

Dan seperti aku,dia pun ingat2 lupa..namun yang pasti dia adalah Kim.Kami bersembang panjang.Disitu lah bermula perhubungan aku dengan Kim sampai sekarang.

"Awak,awak mahu makan apa...?Saya order..."Lamunan aku terhenti.Pertanyaan Kim belum aku jawap.Aku masih terpingga2..

"Apa...?"Balas aku semula..

"Awak mahu makan apa...Saya pergi order..Awak ingat sapa..Ingat amoy ka..?Kesitu pulak pergimya amoy ni..

"Nasi ayam,sos tiram lebih.."

Aku biarkan Kim memesan makanan.Aku lihat ada dua tiga bijik mata yang asyik memerhatikan aku dan Kim..Pelik sangat ke aku ni..?Tak pernah tengok orang melayu kawan dengan amoy cina ke..?Jeles kot,maklumlah,Kim putih melepak,rambut ikal mayang,comel dan kiut.Dia orang ingat Kim tu awek aku kot...Bodoh betul..Setakat keluar makan berdua ni,,bagi aku biasa je..Yang penting aku tak makan sesorang.Sebab kebiasaan aku makan mesti berteman,tu sebab aku ada ramai kenalan lebih2 lagi dari golongan wanita,,keh keh keh..Sebab diorang ni saja yang sanggup hidangkan makanan tuk aku...Maklumlah,aku belum ada bini...

Sebut pasal bini..Ada gak rasa dihati nak berbini...Tetapi dengan siapa..Memang aku ada ramai kenalan..Namun nak mencari yang sehati sejiwa tu yang susah.Aku mencari yang sanggup sehidup dan semati dengan aku walau apa sekalipun keadaan aku.Itu satu bab,,satu bab lagi lagi parah..nak tahu apa..?Perangai diorang lah.Setiap yang aku kenal mempunyai perangai yang berbeza.Ada lebih ada kurangnya.nak cari yang sempurna 100% mang susah,,tapi kalau dapat yang sedang2 pun dah kira ok.

Amoy ni pun salah seorang dari calon aku gak.Tapi aku tak sanggup nak ambil resiko.Maklumlah,aku pun belajar agama tak setinggi mana.takut nanti dia terabai.Dibuatnya dia murtad setelah masuk islam,,mati aku dibuatnya..Semua itu kemungkinan yang harus aku ambil kira.

Pesanan dah sampai.Kim yang bawa.Kami terus makan.Seperti biasa kalau makan dengan Kim,dia akan tengok aku makan terlebih dalu.Setelah 4,5 sudu nasik aku lolok ke perut,barulah Kim makan.Katanya nak hormat kat aku..Hadoy,,macam2 amoy ni..Aku kalau dah lapar,aku balun je,,tak kira yang berhormat baik lah duduk depan aku...Kim hanya tersenyum memerhatikan aku...

"Rom,kenapa awak cari saya...?Lama awak tak datang..Rindu sama saya ka..."

Tanya Kim memecahkan keheningan aku..

"Ya.rindu lah ni..Tu yang cari awak..."Balas aku pendek walau pun dalam hati aku sebentar tadi tak terfikir langsung nak mencari Kim..

"Tak boleh rindu2 maaa...Nanti dosa...."Kata Kim sambil tersenyum..

Amboi,amoy ni..Kesitu pulak dia.

"Tak apa,nanti awak nikah dengan saya,tak perlu rindu2 lagi dan tak berdosa...."Balas aku berseloroh dan Kim masih tersenyum.Kami teruskan makan.Tak banyak yang kami bualkan,maklumlah masa terhad.Kim kena masuk kerja semula.Aku hantar Kim sampai ke pintu kedai dvd.Aku tak masuk.Aku biarkan Kim masuk sambil matanya tetap memandang kearah mata aku.Terasa seperti ada satu perhubungan diantara aku dan Kim.Mungkin Kim juga turut merasainya.Arght...Lupakan saja..Mengarut saja semua tu...

Kedai dvd aku tinggalkan.Perut pun dah kenyang.Makan pun orang belanja.Apa nak lagi..?Apa lagi,melepak la kat kota raya sambil menunggu waktu zuhor...Kereta aku pecut menuju ke plaza kota raya......Aku  tersenyum meninggalkan Kim dengan keseronokan.Seronok dilayan waktu makan macam dah bergelar suami isteri la pulak....Kim,Kim....kenapa engkau Kim...Bukan Tijah ke,Bibah ke,Gayah ke.Kalau tak kan senang terus masuk meminang je......He he he...

Friday, September 6, 2013

SELAMAT JALAN ROMEO - WATI OH WATI

Kerja hari ni tak lah banyak sangat.Pc aku biarkan on.Mana tahu kang tetiba bos masuk opis tengok pc off,mahu mengelupur aku menjawab....sandarkan badan kekerusi.kaki aku naikkan keatas meja gaya seorang towkey kedai pajak...Ermmmm...bagus jugak kalau aku jadi towkey,boleh buat apa aku suka..Tak perlu aku nak mengadap muka kelat bos aku hari2...Tak perlu aku nak mendengar leterannya yang tak semerdu mana...

Mata aku pejamkan...Aku tersengeh sendirian...Wajah Mira muncul dalam kotak fikiran aku...Entah apalah keadaannya sekarang.Semenjak kes di pasar raya tempoh hari,tak ada apa2 kabar berita dari Mira.Mungkin Mira masih marah dengan aku..Malas aku nak tanya.dah tabiat aku tak suka ambil tahu hal orang.kalau dia yang beritahu aku,tak apa,aku sedia mendengar.

Capai surat kabar diatas meja.Aku selak satu persatu..Tiada yang luar biasa.Politik,kemalangan,bunoh,hiburan,sukan....Aku terhenti di muka surat 5,"Ibu merayu anak pulang"...Ipoh,Perak:Seorang ibu tunggal telah membuat lapuran polis berkenaan anak perempuannya yang tidak pulang kerumah semenjak 6 hari yang lalu.Menurut beliau anaknya keluar dari rumah untuk kekedai berhampiran rumah,namun tidak pulang2 hingga ke petang.Berbagai usaha mencari telah dibuat disekitar kawasan kediaman namun tidak berhasil.Aku berhenti membaca...Surat kabar aku letakkan kembali keatas meja.

Aku sandarkan kembali badan kekerusi...Fikiran aku melayang jauh...Sejauh jauhnya...Kira2 3 tahun yang lalu....

Satu petang diperhentian teksi bandar k.Aku sedang menunggu Ana yang balik dari seminar di Kedah.Aku talah berjanji dengannya akan mengambilnya disana.Ana seorang usahawan wanita berjaya,agak berumur dan masih membujang.

"Rom,nanti awak jemput saya kat hentian teksi,k..Saya balik naik flight..Sampai airport naik teksi..Awak tunggu saya kat hentian teksi.Rasa2 dalam pukul 3 petang,hari Sabtu.Apa2 hal nanti saya call awak balik,,"

Itu lah kata2 terakhir dari Ana sebelum dia menuju ke Kedah untuk satu seminar anjuran Persatuan Peniagaan selama 10 hari.Semenjak itu aku tak pernah menghubungi Ana.Begitu juga Ana,mungkin terlalu sibuk dan letih agaknya.

Jam ditangan telah menunjukan pukul 4 petang,namun Ana masih belum muncul.Aku cuba menghubungi talifon bimbit Ana,namun tiada liputan.Mungkin dimatikan ketika penerbangan.Aku mula bosan.Sememangnya penantian adalah sesuatu yang amat aku benci...Tak tahu dah berapa banyak rokok yang aku hisap...Aci jual kacang putih kat hujung jalan tu pun dah naik meluat tengok aku yang mundar mandir dari tadi.

Tiba2 pandangan aku terarah kepada sesusuk tubuh disalah satu pondok menunggu teksi.kalau tak silap aku dia dah ada disitu semenjak aku datang tadi.Cuma aku tak perasan sangat sebab kedudukan pondok itu yang sering terhalang oleh teksi yang silih berganti parking didepannya.

Aku perhatikan dengan teliti.Seorang gadis,mungkin belasan tahun,memakai baju kurung,bertudung dan membawa sebuah beg.Rasa2 beg pakaian.Mungkin sedang menunggu seseorang agaknya.Fikir hati kecil aku.Lantak dialah,masalah aku pun belum selesai...

Masa berlalu,jam ditangan telah menunjukan pukul 5 petang..Ermmm...sudah 2 jam Ana lewat.Aku cuba hubungi Ana lagi untuk kali yang entah keberapa..namun tetap sama..Hanya robot yang menjawab panggilan aku..Ciss..Kebosanan aku dah ditahap maharaja..Aku alihkan pandangan pada gadis di pondok menunggu teksi..Aku lihat dia seakan2 sedang menangis.Air matanya jelas kelihatan meleleh jatuh.Jadi aku pasti,dia sedang menangis...

Sudah menjadi kebiasaan aku yang tak suka ambil tahu hal orang tapi suka membantu,lalu aku menuju kearah gadis tersebut....Aku tanya kenapa dia menangis,namun tiada jawapan.Dia cuba mengesat air matanya sambil berpura2 tiada apa2 yang berlaku.Namun aku yang telah berpuluh tahun menyelami hati budi wanita,tahu yang dia dalam kesusahan.Aku cuba bertanya dengan selembut2 soalan agar dia tak berasa tertekan.Akhirnya dia cair juga dengan pertanyaan aku.Dengan nada perlahan sambil teresak2,dia mula bercerita kisahnya dari mula sampai habis.Aku hanya mendengar tanpa bertanya lebih2...

Menurutnya dia datang dari kampung datang ke kota untuk bekerja,seperti yang telah dijanjikan oleh seorang temannya.Namun kawan yang diharap untuk membantunya mencari pekerjaan di kota tidak datang untuk menjemputnya.Lalu tak tahu mana nak dituju dia hanya duduk di situ.Dia tiada alamat kawannya itu.Kalau ada boleh aku hantarkan.Menurutnya,kawannya itu bernama Izah,mereka berjumpa sewaktu hari raya haji yang lalu dikampung.Izah beriya2 mengajaknya datang ke kota untuk bekerja.Izah yang telah lama berhijrah ke kota berjanji akan mencarikan pekerjaan untuknya.Dia pun bersetuju dan seperti yang dijanjikan pada hari ini dia ke kota namun Izah tidak muncul2...Itulah yang membuatkannya berasa sedih dan takut kerana dia tidak kenal sesiapa pun di kota ini.

Aku perhatikan wajah gadis itu dalam2..Seperti ada sesuatu yang tersimpan dihatinya.Namun aku tak sanggup untuk bertanya lagi takut dianggap kaki sibuk pula.lalu aku tanya kemana dia nak pergi..

"Saya tak tahu nak kemana lagi,saya tiada kenalan lain atau saudara mara di sini..."

"Beginilah,apa kata awak balik semula ke kampung,saya rasa itu yang terbaik.Bahaya awak bersendirian di kota besar ini tanpa arah tujuan..."Jawab aku memberikan cadangan.

"Bang,bukan saya tak mahu balik,tetapi...."

"Tetapi kenapa..Kalau awak tak cukup duit,saya boleh beri awak duit tambang balik.?"

"Sebenarnya saya malu nak balik ke kampung semula.....Saya malu dengan keluarga.....saya dah berjanji dengan ibu dan ayah akan mencari pekerjaan di kota agar dapat membantu merengankan bebanan mereka di kampung."

Aku malas nak memaksa2 sangat..maklumlah aku belum kenal sangat dengannya.Mana tahu nanti dia berkecil hati pulak dengan aku...Tak pasal2 dihalaunya aku...Aku jugak yang dapat malu nanti....buat masa ini Ana telah lenyap dari fikiran aku.Sebagai seorang yang prihatin,aku sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah gadis yang baru aku jumpa sebentar tadi.

"Ok,awak rasa apa yang awak nak buat sekarang ini,,Awak ada nombor talifon kawan awak tu..?kalau ada saya boleh tolong hubungi..."

"Tak ada...Saya lupa nak ambil...."

"Ermmmm...Berat...Habis macam mana..?Tak kan awak nak duduk kat sini sampai malam...Buatnya dia tak datang terus..?Di kota ni bahaya,,tak macam di kampung...macam2 boleh berlaku.."

"Entah lah bang,saya pun tak tahu nak buat apa...Biarlah saya duduk disini sampai esok pun tak apa.....Saya tak tahu nak kemana lagi...."

"Begini,saya ada seorang teman wanita yang menyewa rumah di taman h,apa kata saya tumpangkan awak buat sementara waktu kat sana...Itu pun kalau awak setuju..."Aku cuba menawarkan sesuatu yang belum pasti...maksud aku belum tentu kawan aku si Lisa bersetuju untuk menumpangkan orang dirumahnya.Tetapi aku pasti Lisa akan bersetuju kalau aku yang minta tumpangkan,,,Bukan lama pun,sementara waktu je.

"Kawan abang tu sanggup ke terima saya menumpang dirumahnya...Dia tak kenal saya...Apa pulak kata dia nanti..."balas gadis itu seperti sudah mula bersetuju dengan cadangan aku.

"Tak perlu risau,kalau saya yang bawa awak,pasti dia terima awak..yang penting awak setuju tak dengan cadangan saya tadi..?"

Lama dia berfikir..Mungkin bermacam2 yang bernain dalam fikirannya..Mungkin dia rasa aku nak menipunya.mungkin dia rasa aku nak menjualnya ke rumah ibu ayam dan mungkin juga dia rasa aku nak menjadikannya tebusan...Agak2 aku lah...

"Tapi saya tak kenal abang...Boleh ke saya percaya pada orang yang saya tak kenali...?mana tahu awak nak buat tak senonoh dengan saya..?mana tahu awak nak tipu saya..?"Kata gadis itu setelah lama terdiam...

Lalu aku perjelaskan satu persatu,siapa aku,siapa teman aku yang akan menumpangkanya bermalam dan kalau dia tak bersetuju dengan cadangan aku,aku tak memaksa,dia boleh buat pilihan sendiri.Panjang lebar aku berhujah..naik kering tekak.Dan untuk kepastian lagi aku terus menghubungi Lisa dan menceritakan segalanya dan sekali gus minta tolong darinya untuk menumpangkan gadis tersebut.Puas  aku memujuk Lisa tapi akhirnya dia bersetuju juga.Fuh...Lega..tak sia2 penantian aku hari ni,,Ada juga pahala yang aku buat...aku tersengeh sendirian...

"Ok,,saya dah cuba beri cadangan yang terbaik,dan awak pun dah dengar kata2 kawan saya yang dia sanggup tumpangkan awak buat sementara.jadi terpulang pada awak...Kalau awak setuju,saya boleh hantar awak sekarang..Lagi pun sekarang dah nak senja,tak elok awak duduk disini sorang2..."

Akhirnya gadis itu bersetuju mengikut cadangan aku.Lalu aku hantarkan ke rumah Lisa.Dalam perjalan ke rumah Lisa tak banyak yang aku bualkan dengan gadis itu..Aku takut hatinya yang masih sedih bertambah sedih.Aku hanya bertanyakan namanya sahaja.

"Abang boleh panggil saya,Wati saja..saya orang kampung,baru habis sekolah.."Kata Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai wati..

Sebaik sampai di rumah Lisa,aku terus perkenalkan Wati dengan Lisa...Dan sedikit penjelasan..Aku tengok muka Lisa sedikit ketat...He he..Peduli lah,yang penting masalah selesai..

lalu aku tinggalkan mereka berdua,kereta aku pandu laju balik kerumah.Sampai dirumah,baru aku teringat yang aku lupa dengan si Ana...hadoyyyy...mati aku macam ni....Lalu aku cuba hubungi Ana sekali lagi...Namun tetap sama,,Tiada jawapan..Lalu aku beranggapan yang Ana tak jadi balik pada tarikh yang ditetapkan.Jadi bukan salah aku lagi.Aku dah tunggu seperti yang dijanjikan.

Tak perlu nak pening kepala..Baik aku mandi cepat2,waktu asar dah nak habis..Tak pasal2 pulak aku terlepas solat asar nanti...

Selepas kejadian itu aku tidak pernah menghubungi Lisa untuk bertanya tentang keadaan Wati.Aku malas nak pening2 kan kepala hinggalah pada hari ke7,aku terbaca didalam sebuah akhbar tempatan mengenai kisah seorang gadis yang hilang dari rumah.Wajah gadis yang hilang itu mirip betul dengan wajah Wati.....Wati..!! Adoyyy...Apa dah aku buat ni...kalau betul gadis itu Wati...Mampus aku..Silap2 boleh kena tangkap la pulak..Atas tuduhan menculik...

Aku fikir2 balik...Patut lah Wati mati2 tak mahu balik ke kampung...Sebab dia baru lari dari rumah...Ermmmm...Apa patut aku buat sekarang..?Aku picit2 kepala yang tak sakit...Sebagai seorang yang prihatin,akhirnya otak aku dapat satu penyelesaian...Ok,aku tak perlu hubungi Wati,sebaliknya aku akan berjumpanya petang nanti..Dan aku berjanji yang aku sendiri akan menghantarnya pulang ke kampung....

"Hoi..!!! Berangan je kerja engkau...Kerja dah siap ke belum..?"

Aku terkejut..Habis..Dah kantoi pulak dengan encik boss...Ingatan aku terus terpadam....hampeh..langsung tak boleh tengok orang senang sikit...Entah bila dia muncul...Mengganggu betul...



Thursday, August 29, 2013

SELAMAT JALAN ROMEO -ANGKARA BANGLA ROTI



     Cuaca pada petang ini agak suam-suam kuku.Panas tak berapa nak panas.Sejuk pun tak juga.Matahari agak segan silu nak keluar.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bahasa apa aku tak tahu..Terasa nyaman sekali,redup mata memandang..Namun hati aku tak berapa nak redup.Hati aku berdegup kencang.Peluh bercucuran walaupun cuaca tak panas.Kekadang jejari aku mengeletar.Tanda apakah ini?Entah lah...Aku pun tak pasti..Macam ada sesuatu yang mengganggu perasaan aku.

     Aku memandang jam besar yang terletak dihujung taman.Baru pukul 4 petang.Masih awal setengah jam dari masa yang dijanjikan.Aku menghembus nafas perlahan bersama asap rokok yang aku hisap...Terasa sedikit kelegaan...Aku memerhati ke seberang jalan.Kelihatan beberapa awek sedang berjalan beriringan.Selamat lah korang petang ni mod aku tak berapa nak baik,getus hati ku...Kalau tak dah lama aku ayat.Bukan bersungguh-sungguh,sekadar mengisi masa lapang.Tapi kalau sangkut aku tak lepaskan.Biasa lah,rezeki yang datang jangan ditolak.Aku tersenyum sumbing..

     Sedang aku asyik menikmati keindahan yang lalu-lalang dihadapan ku,Aku tiba-tiba tersentak bila terdengar suara serak-serak basah menegur ku dari arah belakang.Aku kenal sangat dengan tuan punya suara tu.Kenapa dia datang dari arah belakang?Cis..Sudah pasti dia terlihat telatah aku sebentar tadi.Jatuh lah saham aku kalau begitu...Bisik hati ku.Namun aku telah sediakan beberapa jawapan kecemasan andainya aku diserang bertubi-tubi dengan soalan cemburu seorang wanita.

"Dah lama tunggu..?"Sapanya perlahan.

"Tak lah,baru je.Cepat U sampai,jalan tak jem ke..?"Soal aku semula.

"Nak jem apanya,kan I jalan kaki je dari rumah.Dah rumah I kat hujung taman tu,bukan U tak tahu.Yang U tanya soalan bodoh ni kenapa?Kan U yang beriya-iya sangat nak jumpa I Kat sini.Kata U biar I senang,tak payah keluar jauh-jauh.."Balas Sharmila,seorang gadis yang tak berapa nak lembut.Tapi tak lah keras sangat.Ibarat kerak nasi,kena air lembut lah..Aku dah lama kenal dengan Sharmila,semenjak 7 tahun yang lalu.Masa tu aku masih bekerja sebagai budak penghantar di Bandar C.Sementara Sharmila pula bekerja sebagai kerani di pejabat yang sama.Kami berkawan macam biasa walaupun sering keluar malam bersama,tengok wayang bersama,naik motor bersama,makan bersama,rumah je lain-lain.Tidak ada perasan cinta diantara kami berdua.Sayang tu adalah sikit.Cemburu...Itu biasa lah..Ampeh...

"I bukan apa Shar,I takut apa yang U kendong tu tercicir kalau U keluar jauh-jauh.Maklumlah benda tu baru nak lekat..."

"Merepek lah U ni...Belum pernah dalam sejarah manusia benda ni jatuh tercicir.."Rungut Sharmila dengan nada keras bercampur jelingan tajam.Korang jangan salah faham,Sharmila bukan mengendong buku atau pun buah tangan untuk aku.Sebenarnya Sharmila tengah mengandung.Yang menjadi masaalah sekarang ini,Sharmila mengandung sebelum bernikah.Tapi bukan aku yang punya angkara...

"Boleh tak jangan buat lawak bodoh tu...I tengah risau ni.."Sambung Sharmila lagi bila aku hanya tersenyum kambing memandang kearahnya.Memang tak patut aku berkata begitu disaat Sharmila berkeadaan begini.

"Ok..I minta maaf,I tak akan keluarkan soalan bodoh lagi.So apa keputusan yang U dah buat..?U dah fikir masak-masakkan...?"Balas aku dengan harapan hati Sharmila kembali sejuk.Namun aku terkedu,sebaik Sharmila memalingkan mukanya kehadapan,aku melihat ada manik-manik jernih mengalir perlahan dari matanya.Selama aku mengenali Sharmila,ini kali kedua Sharmila mengalirkan air mata.Kebiasaannya Sharmila sangat tabah dengan kenakalannya yang kadang-kadang mengalahkan orang lelaki.Nampaknya aku mesti berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata,silap-silap nanti aku pulak yang terperangkap....Manalah tahu Sharmila cuba memancing aku dengan air matanya...

"Dah puas I fikir Rom...Namun I tak pasti jalan yang mana harus I ikut..Semuanya jalan buntu.I betul-betul takut ni Rom,Apa akan jadi kalau orang tua I kat kampung dapat tahu perkara ni.Mahu mati I dikerjakan..I betul-betul menyesal Rom,kalau I ikut nasihat U dulu,pasti benda macam ini tak berlaku..."Tiba-tiba hidung aku terasa kembang.Rupanya Sharmila masih menganggap aku seorang yang boleh diharap untuk melindunginya.Aku masih ingat pada hari pertama Sharmila mendapat kerja baru di Pejabat M,aku menawarkan diri untuk menghantar dan menjemput Sharmila dari pejabat barunya,memandangkan pejabat itu jauh dan Sharmila tidak mempunyai kenderaan sendiri.Namun Sharmila menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan aku,kerana pejabat barunya jauh dari tempat kerja aku.Katanya dia telah dewasa dan harus berdikari.Aku tak boleh nak kata apa kalau dah itu kemahuan Sharmila.Aku akur walaupun aku bimbangkan keselamatan Sharmila yang terpaksa pulang lewat malam menggunakan teksi.Aku hanya dapat berdoa agar Sharmila sentiasa dilindungi setiap masa.

"Rom...Maaf kan I,kalau I ikut nasihat U dulu,tentu perkara sebegini tak berlaku.I menyesal sangat Rom..."Aku perlu menenangkan Sharmila.Disini aku harus memainkan peranan sebagai orang yang paling diharapkan oleh Sharmila.

"Sudah lah Shar...U jangan ingatkan semua tu lagi.Yang sudah berlaku biarlah berlalu.Tidak akan dapat diundur walaupun sesaat..Yang penting sekarang masa depan U dengan baby yang U kandung tu.."Rasanya inilah kata-kata aku yang paling bernas senjak dari tadi.

"Itu I tahu Rom...Semakin I ingat,semakin merana jiwa I jadinya..Kini cuma U tempat I bergantung harap Rom...."Balas Sharmila sambil mengesat air matanya.

     Kini jantung aku pula yang berdegup kencang.Perkataan bergantung harap yang keluar dari mulut Sharmila seakan-akan mahu memerangkap aku.Aku kuatkan semangat.Aku andaikan itu cuma kata-kata sepontan yang keluar dari mulut Sharmila.

Pon...Pon...Pon....

"Roti...Roti...Kaya ada,krim ada,kelapa ada....Abang mahu roti ka..?Beli satu abang..kakak kasi belanja..."

Perbualan kami terhenti.Bangla roti ni pulak buat iklan murahan.

"Dah...Blah,blah...Tak mahu aku roti engkau.Aku kalau nak makan roti dekat rumah kena ada air kopi.Kat taman bunga ni apa yang ada...Air longkang adalah.."Rungut aku pada bangla roti.

"Aloo abang jangan marah,ini kakak banyak manis,abang banyak untung...He he...."

"Cis..Banyak cakap pulak dia..Engkau nak jual roti ke jual minyak urat..?"Hampeh punya bangla roti,sempat juga dia jeling-jeling kat Sharmila.Entah kenapa  aku begitu hangin dengan bangla roti sorang ni.Mungkin kerana...Ahh..Baru aku teringat..
Kira-kira 3 bulan yang lalu Sharmila ada berjumpa dengan aku pada satu malam.Malam itu suara Sharmila terketar-ketar.Sharmila memberitahu aku bahawa beliau telah hilang kegadisannya sewaktu balik dari kerja.Aku ketawa terbahak-bahak ketika itu.Bagi aku lawak Sharmila pada malam itu begitu ganas..Namun Sharmila bersungguh-sungguh mengatakan bahawa ianya benar dan bukan lawak bodoh.Lalu aku terdiam.Aku minta Sharmila menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku.Dengan sura teresak-esak Sharmila memberitahu bahawa dia telah diperkosa dibelakang pondok menunggu bas ketika ingin pulang dari kerja 2 malam yang lepas.
Katanya pada masa itu dia bersaorangan kira-kira pukul 9 malam.Tiba-tiba datang seorang lelaki berdiri agak rapat dengan Sharmila.Sharmila tak endahkan lelaki itu.Matanya hanya tertumpu pada arah bas atau teksi yang akan datang sebentar lagi.Kemudian secara mendadak,Menurut Sharmila lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh dan tergolek dibelakang tempat menunggu bas tersebut.Perkara itu berlaku dalam sekelip mata.Disebabkan panik,Sharmila cuba meronta.Namun semakin kuat dia meronta semakin rakus lelaki itu menggomolnya.Kemudian mungkin bengang dengan rontaan Sharmila,lelaki itu melepaskan satu tumbukan padu kemuka Sharmila.
Dan selepas itu Sharmila tidak ingat lagi apa yang berlaku.Mungkin pengsan.Menurut Sharmila lagi,sedar sahaja dia telah berada dihospital K,dan doktor mengesahkan bahawa dia telah diperkosa.Ketika itu aku seperti orang bodoh hanya mendengar kata-kata Sharmila.Setelah agak lama aku dapat menerima kenyataan itu.Lalu aku bertanya pada Sharmila sama ada dia kenal lelaki yang memperkosanya itu.Menurut Sharmila dia tidak mengenali lelaki itu tetapi kalau dilihat dari segi pakaian,berkain pelikat dan berbaju kemeja lengan panjang,Sharmila yakin lelaki itu Mat Bangla.

     Tiba-tiba lamunan aku terhenti....

"Ya...Mat Bangla....Bangla...Bangla roti...Patutlah aku hangin sungguh bila terpandang muka Bangla roti tadi....Ampehh.."

"Sudah lah tu...U nak bersembang dengan Bangla roti ke atau dengan I.Kalau macam ni bila nak selesai masaalah I.."Sharmila bersuara lantas memadamkan ingatan aku pada si Bangla durjana...

Aku tersentak,lalu tergolek dari bangku simen.Aduh,sakit sungguh punggung aku.

"Kenapa Shar..?Kenapa main sergah2 jew ni...Lain kali bagilah salam ke,apa ke..."

Balas Sharmila bengang,

"Amboi amboi amboi.....Dah tiga kali kali I bagi salam,tapi U asyik sebut nama bangla roti...Apa kes ni..? Dah buang tabiat ke apa..?"

Aku tersipu2...Baru aku sedar rupanya aku bermimpi hingga terjatuh dari bangku tempat aku bersandar.Ermmmm...Pelik betul mimpi aku tadi...Sharmila mengandung anak luar nikah..he he..kemudian aku tersengeh sambil memandang kearah Sharmila yang masam mencuka.Tak dapat aku bayangkan kalau perkara ini betul2 terjadi..hai,,beruntung la enko mat bangla...Aku masih tersengeh...

"Yang U sengeh2 pe hal..?Ini last warning untuk U,,Kalau U buat sekali lagi benda macam ni,,I bersumpah,I akan tinggalkan U tanpa belas kasihan...Ingat..!!"

Tiba2 Sharmila memecahkan keheningan...

"Ok ok,,lain kali I tak buat dah,,,I janji,I tak akan tidur lagi dihalayak ramai sampai mengigau...Percaya kat I ya..."

Balas aku perlahan cuba memujuk Sharmila..

"Suka hati U lah,,Janji ke apa ke...Sekali lagi U buat,,,siappppp....Dah lah..I tak ada mod..U dah rosakkan semuanya...Mod I dah hilang entah kemana..I nak balik..Kensel date kita hari ni....Muktamad.."

Hadoi...kesitu pulak perginya minah ni....

"Shar...Tolong Shar...Jangan lah macam tu,,,Shar baik kan,kan,kan..."

"Maaf...Petang ni I jahat....Tak berapa nak baik...I nak blah...Selamat jalan romeo.....U pun boleh blah....."

Sharmila terus meninggalkan aku yang masih terpingga2...Apa lah punya nasib.....Melepas aku petang ni..kalau tak dah pasti perut aku kenyang...heh heh heh...aku masih mampu tersengeh....

"Hampeh punya bangla roti....Kerana engkau lah aku kempunan petang ni..."

Tuesday, August 27, 2013

MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG

Setiap kali bila hampir kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap tahun kenangan ini akan timbul kembali dalam minda aku.
Masih aku ingat kira-kira 5 tahun yang lalu aku ada menemani seorang penulis buku novel sejarah tanahair ke Negeri Pahang untuk menjejaki salah seorang pejuang terkenal tanahair kita suatu masa dahulu.Semangat aku begitu berkobar2,apatah lagi ia akan dibukukan dalam bentuk novel dan aku diberi peluang untuk melukis gambar2 didalam novel tersebut.Kami menjejaki kesemua tempat yang ada kaitan dengan tokoh terkemuka ini.Dari kampung kelahiran hingga ke kawasan gua batu,menziarah kawasan perkuburan dan melawat masjid lama serta berjumpa dengan pewaris tokoh tersebut.

Setelah semua maklumat diperolehi dan kebenaran untuk menulis kisah perjuangan tokoh ini diminta dari pewarisnya,kami pun pulang semula dengan semangat berkobar2 untuk menyiapkan tugasan yang bakal dibuat.Aku tak sabar2 untuk melukis potret tokoh tersebut.Bagi aku ini satu penghargaan buat aku yang baru berjinak2 dalam bidang penghasilan gambar untuk novel.Lebih2 lagi syarikat penerbitan novel itu adalah salah satu syarikat yang begitu popular dewasa ini.Persetujuan telah diperolehi dan aku diminta untuk melukis kira2 6 keping gambar untuk novel tersebut.Dalam hati aku bukan bayaran yang aku idam2kan tetapi keseronokan meneroka bidang baru yang tak pernah aku mimpikan.

Seperti biasa aku akan melakar berdasarkan potret2 asal atau pun dari gambar yang aku ambil.Namun dalam kesibukan aku melakar wajah tokoh tersebut,terlintas dihati aku untuk memperincikan sedikit potret tokoh tersebut tanpa menjejaskan wajah asalnya.Maksud aku,aku akan tambahkan pakaian pada tokoh tersebut memandangkan pada potret asal tokoh tersebut tidak memakai baju hanya berkain pelikat lusuh.Idea ini terlintas apabila aku merujuk pada tokoh2 negara asing yang dilukis dengan terperinci beserta pakaian laksana seorang pahlawan yang digeruni.Ia akan memperlihatkan semangat keperjuangan tokoh tersebut disamping keterujaan bagi yang melihat potret tersebut.Aku melihat semua tokoh2 asing yang terdapat didalam buku rujukan aku,tidak ada satu pun potret tokoh2 tersebut yang tidak berpakaian malahan memakai pakaian yang cantik2 walaupun pada firasat aku tokoh tersebut tidak menggunakan baju itu dan mungkin tidak pernah melihatnya.Seperti pelukis seperti aku,,mereka akan cuba untuk menaikan aura setiap lukisan yang dihasilkan tanpa menjejaskan wajah asal potret tersebut.


Setelah berpuas hati dengan lakaran yang aku hasilkan,aku pun mula melukis menggunakan warna air.Setelah siap aku amat berpuas hati dengan hasilnya,juga bagi penulis novel tersebut,beliau juga teruja dan amat berpuas hati.Kami tak sabar menantikan novel ini akan dikeluarkan.

Akhirnya novel yang ditunggu2 pun diterbitkan.Aku bertambah teruja,namun keterujaan aku terus hilang.Habis semua mukasurat novel tersebut aku selak satu persatu,namun tiada satu pun lukisan yang aku hasilkan ada didalam novel tersebut.Aku kecewa.Begitu juga dengan penulis novel tersebut.Beliau sendiri tidak tahu kenapa harus terjadi begini setelah kami bertungkus lumus menyiapkannya mengikut jadual.

Berbagai persoalan timbul diminda aku.Adakah lukisan aku tidak mengikut syarat yang diminta.Atau adakah keterlanjuran aku mengubah potret asal tokoh tersebut menjadi puncanya.Aku pun tak tahu sampai sekarang.Namun aku pasrah,aku hanya seorang pelukis bebas yang tak punya apa2 kuasa untuk mempersoalkan gaya penerbitan novel tersebut.Mungkin mereka memutuskan untuk tidak meletakkan gambar dinovel tersebut untuk mengurangkan kos penerbitan....

Walau apa pun,aku berbangga dengan potret Mat Kilau yang aku hasilkan,bagi aku inilah wajah sebenar beliau disaat kegemilangannya suatu masa dahulu.Segak bergaya pahlawan terbilang memperjuangkan bangsa agama dan negara dari penjajah.Aku tak mahu tokoh tersohor ini diperlekeh2kan oleh orang asing apabila mereka melihat potretnya berkain pelikat lusuh tanpa baju.

#Penulis novel tersebut tinggal sekampung dengan aku.Beliau adalah En Abdul Latip Talib.Salah seorang penulis novel sejarah islam terkenal dewasa ini.Terima kasih Pak Latip kerana mengizinkan saya melukis dalam novel2 tulisan Pak latip yang terdahulu.Terima kasih juga kerana turut sama membawa saya menjejaki Pahlawan Mat Kilau ke Pahang.

Monday, November 8, 2010

AKU...

     

  Asalammualaikum     n selamat sejahtera..Maaf aku pohon pasal dah lama na tak upgrade blog neh.Masaalah menimbun yang datang.Macam2 perkara berlaku keliling aku dalam 2 bulan ni.Yang paling menyayat ati dan memantoikan selera aku untuk menulis,bila abah aku jatuh sakit selamo 3 minggu dan kembali ke sisi tuhan yang maha esa pada tanggal 14 oktober yang lalu....Aku pasrah dan redho dengan pemergian abah.Tiada tangisan lagi untuk aku iringi pemergian abah....kerana aku telah puas menangis selama menjaga abah yang terlantar sakit di hospital.......Semoga arwah abah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman..Amin...

    Insyaalah,aku akan menulis dan berkarya semula.Hidup harus diteruskan,yang pergi tak kan kembali...........