JUST ME AND ME AGAIN

Showing posts with label ASAH OTAK. Show all posts
Showing posts with label ASAH OTAK. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

SOALAN BODOH YANG KADANG2 JAWAPANNYA MUNASABAH

Antara soalan berkaitan pantun dulu2,yang rasanya prop pun belum tentu dapat menjawabnya dengan tepat...Kalau korang nak cuba2 menjawabnya,silakan...Tapi jangan salahkan aku kalau tidak ketemui jawapan yang tepat,,Masa diberikan,ikut suka korang....just for fun,

Soalan berikut berdasarkan pantun dibawah.Pilih satu jawapan sahaja.



Budak-budak bermain tombak,

Tombak diikat dengan rantai,

Kalau takut dilambung ombak,

Jangan berumah ditepi pantai.



1)Siapakah nama seorang dari budak-budak yang bermain tombak itu?

a-Hang nak gi mana

b-Hang Harun Salim Bacik ke

c-Hang Lekuk

d-Hang pikir la sendiri

e-Hang temberang je lebih



2)Kenapa tombak diikat dengan rantai?

a-Tombak itu cuba melarikan diri

b-Tombak itu telah patah

c-Ada aku kisah

d-Kerana kau kekasih

e-Kerana tombak adalah seekor lembu



3)Siapakah yang takut dilambung ombak?

a-Ketua kampung 

b-Rambo

c-Tukang kebun sekolah

d-Penggali kubur musim ke 4

e-Rakit buluh



4)Kenapa rumah dibuat ditepi pantai,bukan ditepi perigi?

a-Kerana disebelahnya ada pasar raya

b-Senang untuk berkelah

c-Arahan ketua jkkk

d-Tepi pantai ramai pelancung asing

e-Mereka sendiri pun tak tahu



Cari perkataan lain yang sesuai menggantikan perkataan berhuruf gelap berdasarkan pantun dibawah.



Kajang tuan kajang berlipat

kajang hamba mengkuang layu

Dagang tuan dagang bertempat

Dagang hamba terbuang lalu



5)Kajang tuan kajang berlipat

a-Bergusti

b-Bergosip

c-Bercanda

d-Berkarauke

e-Berkipas lipas



6)Kajang hamba mengkuang layu

a-Kangkung

b-Asparagus

c-Lengkuas

d-Tembikai susu

e-Engko ada



7)Dagang tuan dagang bertempat

a-Dugong

b-Tunggang

c-Kacang

d-Bacang

e-Bangang



8)Dagang hamba terbuang lalu

a-Bedah tong gas

b-Cipan gunung

c-Artis k pop

d-Pak Maun

e-Pencacai



Jawab semua soalan berdasarkan pantun dibawah



Dari Arab turun ke Aceh

Naik ke Jawa berkebun serai

Apa diharap pada yang kaseh

Badan dan nyawa lagi bercerai



9)Kenapa mereka turun ke aceh?

a-Hanya mereka yang tahu

b-Kerana ada kenduri

c-Kerana terpaksa

d-Kerana kehabisan minyak

e-Kerana kau



10)Apakah yang ditanamnya selain serai?

a-Angan-angan

b-Cerucuk konkrit

c-Ubi kayu

d-Periuk api

e-Lantak korang



11)Apakah yang diharapkan?

a-Balasan sms

b-Harapkan pagar

c-BR1M

d-Harapan ku musnah

e-Semua ini poyo



12)Siapakah yang bercerai?

a-Artis tempatan yang hantarannya puluhan ribu

b-Jiran ketua kampung korang

c-Ahli politik

d-Towkey kedai emas

e-Entah

Kalau jawapan korang semuanya (e),korang memang bijak dari prop kat UM sinun...Bhahahahhh



Thursday, August 14, 2014

AYAM,IKAN SARDIN CAP AYAM DAN IKAN BILIS

Lihat pada tajuk macam senarai barang nak dibeli kat pasar je..Hu hu..Apa yang korang boleh tafsirkan dari tiga barang yang aku tulis di atas?Aku bukan nak cerita pasal boikot barang yahudi....Aku bukan nak cerita pasal kapal terbang hilang dan aku bukan nak cerita pasal rumah ketua kampung kena rompak....

Aku nak cerita pasal dulu dan sekarang....kenapa dulu dan sekarang?Bukan cerita masa depan ke?Cerita ini ada kaitan dengan hari kemerdekaan yang ke 57 tak lama lagi.Namun apa pula kena mengena ayam,sardin dan ikan bilis dalam cerita aku ini?Apa jasa ayam dalam memerdekakan negara kita....?Tak masuk akal langsung...Ke sardin cap ayam yang membantu negara kita mencapai kemerdekaan?Ke ikan bilis..?Hu hu...

Tak ada lah sampai kesitu pula...Tak kan ayam nak pikul senapang kot..Tak munasabah langsung..Aku cuma nak imbas kembali kisah dulu2 dan kisah sekarang berkaitan tiga barang tersebut.

Kita sibuk melaungkan merdeka,,merdeka,,setiap kali sampai pada hari sambutan kemerdekaan..Namun dari segi apa yang kita merdeka,hanya diri kita yang tahu...Tok imam kampung seberang tak tahu apa kemerdekaan yang kita raikan.Pemandu lori pun tak tahu kita merdeka kerana apa..

Nak kata merdeka dari penjajah,,kita lahir selepas penjajah pulang..Rupa penjajah pun kita tak kenal,apa lagi nak bergambar kenangan dengannya.Ada yang jawab,,aku sambut merdeka ni sebab orang sambut....Kesitu pulak dah..Ada yang kata merdeka hanya tinggal nama,tang mana yang merdekanya,dia pun tak tahu..

Kita lupakan bab erti kemerdekaan ini dulu..Apa yang nak aku ceritakan ialah berkenaan dengan ayam,ikan sardin cap ayam dan ikan bilis.

Begini,dulu2 nak merasa makan ayam punyalah susah...Kalau ada kenduri kendara kat kampung dapatlah makan ayam.Itu pun kenduri sekali sekala..Bukan macam sekarang,hari2 kenduri...Mak ada bela ayam.Tak banyak mana pun...Bapak pulak selalu suruh tangkap ayam.Kita pun bagai nak rak,satu kampung kejar ayam,ingat bapak nak sembelih ayam...Dapatlah kita makan lauk ayam hari ni...Dah dapat tangkap,bapak ambil ayam tu,ikat kakinya,sangkut kat basikal terus pergi pekan.Jual ayam rupanya...melepas la kita nak makan ayam...punyalah kita hot..dah lah badan berlendir dengan peluh,bau taik ayam jangan cerita lah...senang2 je bapak pi jual ayam tu..Bersungut je kita masa tu....

Bila dah besar panjang,baru kita tahu apa yang bapak kita buat tu adalah yang terbaik untuk kita.Bapak jual ayam,duit hasil jualan itu pula dibelinya beras,ikan sardin dan ikan bilis.Maka dapatlah kita menikmatinya dalam beberapa hari...

La ni kita dah berkeluarga dan ada anak,kita masih tak dapat nak makan ayam.Bukan tak mampu,namun faktor kesihatan pula yang menghalang.Fikir balik ada logiknya kenapa orang dulu2 panjang umor dan kurang dihinggapi penyakit berangkai(jantung,kencing manis,darah tinggi,buah pinggang).Faktor makanan lah antara penyebabnya.Dulu kita kurang makan ayam.Kita banyak makan sayur dan pucuk kayu.Semua tanam sendiri.tak ada racun perosak yang disembur.Patut la lembu dan kambing tak pernah sakit..Hu hu..Sekarang ni ayam pun beracun..Patut  la ayam daging hidup tak lama,lebih kurang 45 hari je,terus kena sembelih...Kalau biar lama,nanti ayam tu mati sebab sakit..Ha ha..(tiori tak leh pakai)

Dulu2 kalau kita jumpa keluarga yang hari2 makan ikan sardin dan ikan bilis sebagai lauk utamanya,kita anggap keluarga tu miskin.Apa kelas makan ikan sardin dan ikan bilis goreng ngan kicap?Itu dulu2 punya cerita la.Sekarang ni kalau kita jumpa keluarga makan ikan sardin dan ikan bilis sebagai menu utamanya,keluarga tu mang hebat la...Mana tak nya,punyalah mahal harganya sekarang.Percaya atau tidak zaman sekarang orang susah(miskin dah tak ada)tak mampu nak beli ikan sardin cap ayam...Begitu juga dengan ikan bilis.Cuba tanya kat kedai berapa harga sardin cap ayam setin dan ikan bilis sekilo?

Moral dari cerita aku ni cuma nak mengenali diri dalam erti kemerdekaan.Bukan merdeka dari segi penjajah.Namun merdeka dalam segala hal.salah satunya yang aku tulis diatas,merdeka dari kekangan ekonomi.Maksudnya kita masih ada satu kekangan dalam segala hal...Walaupun perkaranya berbeza namun asanya tetap sama,kita masih ditakuk lama.sama seperti 40 tahun yang lalu walaupun kini pada zahirnya kita telah 57 tahun merdeka.

Maaf la kalau entri aku kali ni membosankan.Dah lama aku tak menulis.Idea pun tengelam timbul.

Asalammualaikum

Sunday, September 1, 2013

TIADA APA YANG PELIK-KALAU KORANG MAHU BERFIKIR


Jauh perjalanan
Banyak perbelanjaan
Lama berjalan lenguhlah kaki
Pengalaman ditagih belumlah pasti,

Dalam semak ada batu
Lempar batu sembunyi tangan
Jangan ditanya kenapa batu
Ambil sahaja apa yang termampu,

Kanan bukan,kiri pun bukan
Tengah-tengah,lagilah keliru
Buat-buat tahu
Kira ok lah tu,

Kelambu usang idaman nyamuk
Marahkan nyamuk kelambu dibakar
Usah dipersoal kenapa ini terjadi
Kalau ikutkan hati rumah pun dibakar sekali,

Tak kenal maka tak tahu
Kalau dah kenal mulalah menggatal
Gatal ditangan boleh digaru
Tersalah garu itu yang pasti,

Buat jahat berpada-pada
Tersalah langkah tangan digari
Buat baik jangan sekali
Kalau boleh berulang kali,

Bagai menatang minyak yang penuh
Ada lebih baik kalau diganti binatang
Kecil dikampung bertudung,berlitup
Besar dikota hancur melingkup,

Jangan ditanam pinang rapat-rapat
Nanti sukar puyuh berlari
Tak pernah dibuat orang
Ada lebih baik kau tanam pisang,

Rumah tepi sawah
Tangga pula berwarna biru
Ala emak jangan mengelabah
Aku tak berlaki tetapi emak mendapat cucu,

Alang-alang menyeluk pekasam
Jangan sampai keketiak masam
Kalau begitu cara engkau menyeluk
engkau lahaplah seorang
Tak sanggup aku nak menumpang,

Habis manis sepah dibuang
Makan tebu memanglah begitu
Tengok gaya jalan pun dah bersepah
mana mungkin dibuat bini,

Kalau kail panjang sejengkal
Eloklah diganti joran yang panjang
Kalau otak dah memang tak berakal
Nak pakai bikini pergi ketempat orang,

Aku merapu bukan sembarangan
Bijak engkau menilai baiklah hasilnya
Kalau tak tercapai juga dek kepala otak
Engkau duduk diam-diam
Buat-buat faham,sudahlah.....

TEKA-TEKI MUDAH YANG KADANG KALA MEMBUAT KORANG PENING








Apa korang akan lakukan?Buat terowong bawah sungai?Mengarut je tu.Melompat?Kalau parit atau longklang bolehlah korang lompat.Minta tolong kat pawang buaya...?Belum tentu pawang tu berjaya.Tunggu buaya tidur?sampai kiamat la korang kat tebing sungai tu.Dah puas fikir tapi tak pasti jawapannya betul atau tidak,,,

Jawapannya ada kat bawah ni...



















Monday, August 6, 2012

10 PERKARA YANG KORANG LUPA SEMASA BERBUAL



     Hari-hari kita berbual dengan kawan dan rakan.Kadang-kadang kita ketawa ria ketika berbual,kadangkala terpegun mendengar dengan teliti.Namun pernah tak kita ambil tahu atau sengaja buat-buat tak tahu apakah riaksi rakan bual kita itu.Adakah rakan bual kita itu betul-betul berminat dengan cerita kita...Atau cuma atas dasar terpaksa..?Aku telah membuat beberapa kaji selidik ringkas keatas beberapa manusia yang aku temui dimerata tempat.Aku tanyakan kepada mereka beberapa soalan mudah.Aku ceritakan kepada mereka cerita-cerita bodoh.Dan dibawah ini adalah beberapa riaksi yang aku lihat dari mereka.

     Jika anda sedang berbual dan rakan bual anda....

1)Memandang tepat kemata anda - Mereka mahukan kepastian dengan segera.

2)Menggaru-garu kepala yang tetiba gatal - Buat-buat tak tahu ,sebenarnya memang tak tahu.

3)Menggaru-garu dagu sambil memandang anda - Memang tak faham satu apa pun.

4)Menundukkan kepala - Cuba mendengar dengan teliti walaupun fikiran kearah lain.

5)Mengangguk-anggukkan kepala sambil memeluk tubuh - Tanda faham walaupun banyak yang tak faham dari faham.

6)Tunduk sambil menguis-nguis ibu jari ke lantai - Mereka sudah bosan dengan kata-kata anda.

7)Tunduk kekiri atau kekanan sambil memeluk tubuh -Mereka meminta anda mengubah topik.

8)Pandang anda tersenyum-senyum sambil mengganggukkan kepala - Ia sebenarnya sudah tahu apa yang anda ingin katakan.

9)Pandang tepat kemuka anda sambil mencekak pinggang - Memang patut sangat anda tamatkan perbualan itu dengan segera.

10)Pandang anda sambil memicit-micit hidung - Ada lebih baik anda yang berambus sebelum mereka berbisik sesama sendiri kerana mulut anda berbau.Atau mungkin anda dah 8 hari tak mandi..Ha ha ha...Ampehhhhh

     Inilah 10 perilaku utama yang sering kita lihat dan tahu. Tetapi kita tak mahu ambil tahu,sebab memang tak tahu atau kita yang sering buat salah laku begitu...?Lepas ni korang perhatikan gerak laku orang yang berbicara dengan anda.Nombor mana yang kena dengan anda.Kalau kena nombor 10...Ha ha ha....Korang memang ampeh tul....Korang yang patut kene belasah.....


Monday, May 14, 2012

RED INDIAN,CAWAT DAN SELUAR KECIK...


     Peritiwa ini berlaku sekitar tahun 60an yang lalu.Aku tuliskan coretan ini sekadar untuk korang renungkan.Pada suatu hari seorang lelaki dari kaum Red Indian,telah pergi kepekan untuk membeli barang-barang keperluan.Ini adalah kali pertama beliau pergi ke pekan.Sebelum ini tugas ke pekan dilakukan oleh bapanya.Namun kini bapanya telah mati ditembak,maka tugas itu terpaksa dipikulnya walaupun beliau berasa was-was untuk kepekan buat kali pertama.

(Dialog dibawah telah dialih bahasa ke bahasa Pasar Besar Selayang untuk memudahkan pemahaman)

Disebuah kedai pakaian.

Red Indian-"Taukey...Saya mau beli seluar lah...."

Towkey-"Apa silua lu mau?...Mali tengok,sini ala manyak..."

Red Indian-"Seluar kecik lah towkey...Ada ka..?"

Towkey-"Ooo...Silua kicik ka...Ala,ala...sini mali,saya kasi tunjuk.."

Red Indian-"Bukan ini lah towkey..."

Towkey-"Haiyaa...Ini silua kicik la..Budak-budak pakai punya..."

Red Indian-"Bukan budak-budak pakai punya...Ini seluar kecik orang besar pakai punya......"

Towkey-"Mengong la lu...Mana ala olang busat pakai silua kicik..Abis koyak maaa.."

     Tiba-tiba dua orang pelancung mat saleh yang hanya memakai bikini lalu dihadapan kedai pakaian itu.Mendapat saku akal,lantas si Red Indian menunjuk kepada pelancung itu sambil berkata kepada towkey kedai.

Red Indian-"Towkey,tengok sana..itu macam punya seluar lah..Seluar kecik.."

Towkey-"Adoiyai...Itu ka..?Sinang cakap la,itu silua pun lu tak tau ka..?Itu olang panggei cawat la....."

Red Indian-"Laaa..Cawat apanya,itu seluar kecik lah...Cawat moyang aku yang pakai,buat pakai daun kayu 30 tahun yang lalu...."

Towkey-"Mati wa, jumpa ini macam punya olang...."

Aku-"Hahahampehhh.."

Moral / Masaalah tetap serupa walaupun penyelesaian nya berbeza.

HIDUP 1 MALAYSIA

Monday, April 18, 2011

POPPP...KELEPOSHHH...SRURRRR...




Engkau datang tak mengira waktu...

Ihhh...Ihhh...
Time ni la pulak...

Kriukk...

Brrrr...Brrr...
Sabo le...
Adoi...

Mana ni..?
Ala hai...
Tak de la pulak...

Ih...Ih...
Lari...
Kena cepat...

Piutttttt....

Zrrrrrr...

Tup tap tup tap...
Sini pun tak de..?
Tengok kat sana pulak...

Tup tap tup tap...

Brrrrrrr...

Nampak macam sama...
Lari laju sikit...
Tup tap tup tap...

Zerrrrrr...

Chettttttssszzz...

Brrr...

Tuttttt....

Ahhh...
Kira boleh je lah...

Kriukkk...

Dammm...

Tapp...

Brrrrrrrrr...
Ye le...Ye le...

Zriuttt...

Ermmmm...

Erghtttttttttttttt...!!

Nyam..Nyam..Nyam...

Berurrrrrrrrrrr...

 Grok...Grek...

Kelepop..!

Serurrrrr...

Put...

Berurrrr...
Berurrrrrrrr...

Kelepop..!
Keleposhhhhh..!

Serurrrr...

Ahhhh...
emm...

cezzhhhhh...

Srut..!!

Selamat...

Ehhh...

Alamak..!!

Lupa la pulak...

Gluk...Gluk...Gluk...

Ahhhhhhh....

Legaaa...

Alhamdulillah...

Sambung balik...

Apa?

Korang pelik aku bersyukur?
Tak boleh kah aku bersyukur kerana
nikmatnya...?

Atau korang yang salah faham..?

Salah kah aku yang sedang memancing ikan,
tiba2 perut aku terasa lapar sangat...
Lalu aku tinggalkan pancing aku
ditepi kolam walaupun masa tu tali
pancing aku sedang ditaik ikan...

Lalu aku mencari kedai makan...
nak cepat lagi,aku berlari...
Jumpa sebuah kedai makan,
alamak,kedai cing cong la pulak....

Aku berlari kearah kedai yang lain.
Perut aku makin kuat berbunyi...
Kedai muslim,cantik.

Aku order mee goreng dengan telur setengah
masak 2 biji...
Aku makan dengan gelojoh,
sampai lupa nak order air....

Erkkkk....

sendawa lagi...

Alhamdulillah...

Berfikir diluar tempurung,kerana apa yang
didengar,bukan semuanya benar...
dan apa yang kita lihat,
bukan semuanya salah.....

-Assalammualaikum-



    

SEBELUM KORANG LEBAM BIJIK MATA....

                                            
                                                klik untuk besarkan gambar


     
Yang ringan sama dijinjing,yang berat sama dipikul...
Tapi kalau nak tolong pikul tu,tengok2 le ape
muatan yang dibawa...takut nanti
terpikul barang seludup..Kalau kantoi,nahas korang
sama2 meringkuk dalam lokap...ha ha ha..



Yang tegak tak semestinya lurus,yang condong belum
tentu bengkok.Tetapi kalau yang tegak dan lurus
seperti tiang dah semakin condong,ada lebih baik korang
cepat2 melingkup sebelum tiang tu terlingkup..



Berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang
memikul,kerana mata korang hanya pandai mentafsir,sedangkan 
bahu yang memikul kepunyaan aku...Dan sebelum
aku cungkil bijik mata korang dengan buluh ni,lebih baik
korang diam2....



Indahnya bahasa bukan kerana kata2...
Kerana bahasa yang indah kalau tak kena masa diperkatakan,
boleh lebam bijik mata...

Hampehhh....

Monday, April 4, 2011

AKU MEREPEK LAGI...

klik untuk besarkan gambar


Impian kalau diusahakan,pasti akan menjadi kenyataan.
Namun mimpikan impian adalah satu kenyataan yang anda sedang buat taik mata...ha ha ha


Kata-kata ibarat mata pedang,makin diasah,makin tajam...
Biar apa pun yang kita katakan,ia tetap dipersoalkan orang kesahihannya....


Kuatnya tali kerana benangnya,kuatnya kerja kerana sepakat.
Namun kerja yang sepakat pun belum tentu barhasil,kalau tali yang ditarik tak 
berapa nak kuat...


Angan-angan kalau bermodalkan usaha pasti
membuahkan kejayaan.
Tetapi kalau berusaha dengan modal yang tak berapa
nak banyak,ada lebih baik korang


terus berangan-angan...ha ha ha...