Friday, November 21, 2014

PETUA MUDAH MENGHILANGKAN SAKIT TEKAK


Sakit tekak adalah penyakit biasa bagi penghisap rokok tegar.Kalau anda seorang penghisap rokok,dan anda mendakwa tidak pernah sakit tekak,itu pembohong namanya.Kebiasaannya seorang perokok akan mengalami sakit tekak sekurang-kurangnya sekali setahun..Kebiasaannya lebih dari itu.Menghisap rokok adalah salah satu punca berlakunya sakit tekak.Awas..!!Kalau tidak dibendung,lama kelamaan ia akan menjadi barah tekak.Namun itu tidak bermakna mereka yang tidak menghisap rokok boleh terhindar dari sakit tekak.Meminum air berais berlebihan ketika cuaca panas juga salah satu dari punca penyebab sakit tekak.

Ok ni ada petua tinggalan datuk nenek kita yang kalau diamalkan dengan penuh yakin,dengan izin Allah,pasti hasilnya memuaskan.Adat petua,mengamalnya harus berkeyakinan.Caranya mudah,bila kita terasa tanda-tanda tekak kita dah mula pedih semasa meneguk air liur,ataupun terasa sakit semasa menelan makanan,cuba amalkan petua ini.

Pertama ambil sebiji gelas,masukan air suam.Kemudian ambil satu sudu makan asam jawa dan satu sudu makan madu lebah.Masukan kedalam gelas berisi air suam.Kacau sehingga sebati.Pastikan guna sudu plastik.Kemudian bolehlah diminum setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.Amalkan sehingga tekak sembuh.Biasanya dalam dua ke tiga hari.

Satu sahaja pesanan aku,mengamalkan petua kena yakin kepada Allah S.W.T.Hanya Dia yang menyembuhkan.Lagi satu jangan lupa pantang larangnya.Hentikan merokok kepada yang merokok dan jauhkan minuman berais dan makanan yang terlalu pedas.Dan banyakan meminum air suam ketika mengamalkan petua ini.

Ok,selamat mencuba..(air ni memang best,nanti kalau korang dah sembuh,leh gak minum air ni,tambah ais ngan gula batu...mang ai.....hu huhu...)