Sunday, November 30, 2014

LELAKI DENGAN BEG SANDANG - DUNIA MAKIN NAK TERBALIK

Asalammualaikum,pe kabar korang.Harap sihat-sihat semua.Selamat kehulu-kehilir menunaikan undangan majlis perkahwinan.Hari ni aku nak cerita pasal beg.Bukan beg pakaian,bukan beg sekolah,bukan beg sampah,tapi beg yang orang lelaki sandang bawak kesana-kemari.Kita semua sedia maklum,penghujung dunia ini nanti,matahari akan terbit terbalik,dari barat ke timur.Namun sebelum matahari terbit terbalik,banyak sudah kandungan yang ada didalam dunia ini sudah terbalik.

Perempuan dah jadi lelaki,lelaki dah jadi perempuan,terbalik gak ar tu.Sungai dah kering kontang,bukit pula yang banjir lumpur,terbalik gak ar tu.Masjid kat bandar penuh sendat ngan makmum,masjid kat kampung makmum 3,4 kerat je,tarbalik gak ar tu.Dahulu orang berebut-rebut nak makan kenduri kawin,kini orang berebut-rebut nak mengelak dari pergi kenduri kawin,terbalik gak ar tu.Dahulu cari duit untuk hidup,sekarang hidup untuk cari duit,terbalik gak ar tu..Banyak lagi yang dah terbalik,cuma dunia ni je yang belum terbalik.agaknya bila semua isi kandungan dunia ni dah habis terbalik,baru ar dunia ni pulak yang terbalik.pas tu kiamat ar..

Ok,aku nak cerita satu lagi benda terbalik kat dunia ni.Kalau dulu orang pompuan yang sandang beg tangan kehulu-kehilir,kini orang lelaki lak yang sandang beg tangan.Tak caya tengok keliling korang.Entah-entah korang pun sama.Hua hua hua..

Aku ada buat sedikit soal selidik ngan lelaki-lelaki yang sandang beg tangan/kecik kat bahu ni.Soalan pertama yang biasa aku ajukan kepada mereka ialah,apa yang menyebabkan mereka membawa beg sandang tersebut.Antara jawapan mereka ialah,senang nak bawak barang-barang kecik seperti phone,rokok atau pun tab.Soalan kedua aku,tak rasa janggal ke bawak beg macam pompuan.Antara jawapan mereka,Dah terpaksa,poket tak muat nak sumbat android besar pinggan,peduli lah apa orang nak kata,senang nak cari sebab letak satu tempat dan engkau sibuk-sibuk tanya pe hal...hu hu..

Ok,ni soalan cepu mas,aku tanya apa jenis barang yang korang sumbat dalam beg kecik korang tu.Kebiasaannya,android phone,rokok,lighter,buku nota kecik,duit kertas seringgit dua,duit syiling seposen dua tuk parking,pen dan cermin mata.

Itu adalah barang-barang biasa atau pun normal.Namun lain orang lain perangainya.satu mamat ni aku tanya apa ada dalam beg kecik dia,dia jawab tak ada apa-apa.aku desak lagi nak tahu,so dia lambakkan segala yang ada dalam beg kecik dia.Korang rasa apa yang ada?Hua hua hua,,antaranya,4 buah handphone,3 darinya rosak.Ha ha,jam tangan 2 unit.Dua-dua rosak.Adoi..Sikat kutu satu,pen marker dan tudung oren...kah kah kah...

Ni sorang lagi,gaya agak kemas,bila aku tanya apa ada dalam beg kecik dia,dia kata barang-barang biasa je.namun bila semuanya dikeluarkan,sekali lagi aku gelak besar dalam hati.Antaranya,duit syiling satu tin,kira-kira sebesar tin sardin kecik cap ayam.Sikat rambut,bil-bil letrik yang dah lama,Kuaci bunga matahari satu bungkus dan beberapa ringgit duit kertas.aku tak tanya kenapa benda-benda tu ada dalam beg diorang,aku hanya tanya apa yang diorang isi dalam beg tu je.

Yang sorang ni mamat melepak kat kedai kopi.Bila dikeluarkan segala yang ada dalam beg keciknya,aku gelak lagi dalam hati.Korang tahu apa isinya?Sebuah android phone,sekotak rokok seludup,mancis api,sebiji buah kurma(pelik tul aku cam ne buah kurma tu leh berada dalam beg keciknya),satu sudu makan,kunci motosikal dan sekeping gambar pompuan.

Rasa yang ni normal sikit.Bila ditanya apa ada dalam beg keciknya dia jawab,phone,cermin mata,power bank,pen dan buku kecik.Ok ar tu,munasabah gak kandungannya.

Yang terakhir aku tanya,dia jawab,tak payah amik tau ar..Tapi aku paksa gak.Aku kata aku akan rahsiakan,cuma untuk soal selidik.akhirnya dia setuju.Korang tahu apa yang ada dalam beg keciknya?Pisau lipat sebilah,pil kuda 26 biji,buku 555 sebuah,pen 2 batang dan kondom yang belum digunakan.Mang ai,ni nak kira katagori apa lak ni?Entah,baik aku cabut,walaupun aku kenal dia,tapi hati aku rasa tak sedap je.

Akhirnya,aku buat kesimpulan,lain keperibadian seseorang itu,maka lainlah yang dibawanya dalam beg kecik yang disandang dibahunya.Agaknya mungkin ada yang bawa pistol atau pun bom dalam beg kecik tu.Siapa tahu kan?Aku baru soal beberapa orang kat sekitar aku je,dah macam-macam benda aku temui dalam beg mereka.Ini kan pula kalau soal selidik satu malaysia.Ah,lupakan lah...

Berbalik kepada cerita terbalik tadi,korang jangan terperanjat lak bila ada mamat  bawa beg kecik yang isinya bedak,gincu,maskara dan minyak wangi.Sebab itu adalah tanda-tanda yang dunia ini telah berada dipenghujungnya.Jadi,marilah kita bermohon agar dijauhkan dan tidak tergolong didalam golongan yang terbalik ini.

Sekian untuk kali ini