Wednesday, August 28, 2013

PETUA MUDAH MENGELUARKAN SEMUT YANG MASUK KEDALAM TELINGA



Pada korang yang pernah mengalami telinga dimasuki semut,pasti korang tau macamana azabnya.Lebih2 lagi bila semut tu dah masuk sampai kebahagian gegendang telinga...Hadoi..Cerita pun tak guna,,Nak2  semut tu berkawad dalam telinga kita lepas tu siap gigit2 lagi..Tuhan je yang tau macamana deritanya...Nak korek dengan jari tak sampai.Nak gunakan kapas pengorek telinga,semut tu makin masuk kedalam.Jadi apa nak buat?Mau rasanya nak hempaskan aje kepala kat dinding rumah..Baru padan dengan muka kita.

Tapi kalau korang tahu,caranya mudah sahaja.Bulan lepas telinga aku dimasuki semut ketika tidur.Tengah syok2 tidur,aku terjaga bila terasa dalam telinga aku seperti ada benda berjalan.Korek ngan jari tak berkesan.Aku pasti sangat mesti semut yang masuk.

Disini ada 2 petua yang aku tahu kalau korang nak buat jika mengalami masalah telinga dimasuki semut.

Pertama,korang boleh ambil air bersih,bukan air kopi atau air panas, dengan menggunakan tapak tangan lalu dimasukan kedalam lubang telinga.Biarkan seketika air itu didalam telinga korang.Kemudian dengan pantas rebahkan kepala kesisi dan air itu akan keluar bersama semut tersebut.Namun jika air itu tidak mahu keluar setelah kepala disengetkan,masukan lagi air dengan menggunakan tapak tangan.Kemudian rebahkan semula kepala korang.Kalau semut itu tak mahu juga keluar,korang boleh gunakan plan b.

Kedua,semut yang memasuki telinga korang mungkin bersaiz agak besar.Semut yang bersaiz besar ini mempunyai kaki yang kuat untuk berpaut pada bahagian dalam telinga korang.Jadi air tidak mampu untuk membawanya keluar.Jadi korang boleh ambil sebatang kapas pengorek telinga.Sapukan sedikit minyak gamat pada hujung yang berkapas.jangan sampai meleleh.Kemudian masukan dengan perlahan kedalam telinga korang.Jangan sampai menyentuh gegendang telinga.Biarkan seketika didalam telinga.Kebiasaannya semut akan tertarik dengan bau minyak gamat dan ia pasti akan menuju kepada kapas tersebut.Lakukan berulang kali sehingga semut melekat pada kapas tersebut.InsyaAllah,kalau kita berusaha pasti berjaya.

Namun jika semut masih berkawad didalam telinga korang dan tak mahu keluar ada baik korang berjumpa doktor dengan segera sebelum semut itu melakukan serangan hendap pula.heh heh...

Awas-jangan gunakan minyak tanah atau pun minyak petrol.hua hua hua...