Wednesday, August 28, 2013

MANUSIA LUAR BIASA DAN HAIWAN ANEH



LELAKI TERTINGGI DAN LELAKI TERPENDEK DIDUNIA
Bao Xishun, bekas pemegang rekod tertinggi di dunia, yang berdiri pada 7.9 kaki tinggi berjabat tangan dengan seorang manusia terpendek didunia iaitu, Pingping pada ketinggian 2.4 kaki (73CM). Peliknya, kedua-dua mereka benar-benar tinggal di kawasan yang sama di daerah Mongolia. Bao Xishun pernah dicatatkan dalam Guinness Book of Records sebagai lelaki tertinggi di dunia pada tahun 2006.



KUCING BERSAYAP
Seekor kucing dalam wilayah Xianyang, Shanxi di China mempunyai sepasang sayap berbulu dengan setiap satunya diukur kira-kira 4 inci panjang. Menurut pemilik kucing itu, nenek Feng berkata dia mula perasan kesan lebam pada belakang kucing itu selepas kucing itu diganggu oleh sekumpulan kucing betina. Dan hanya dalam masa sebulan,sepasang sayap telah tumbuh dibelakang kucing tersebut.Namun kucing tersebut tetap tidak boleh terbang!



LELAKI BERBADAN MEGNET

Seorang lelaki di Malaysia, berusia 78 tahun En  Liew Thow Lin dikenali sebagai Manusia Magnet atau Encik Magnet. Dia boleh membuat objek logam, berat sehingga 2kg, melekat pada kulit tanpa apa-apa bantuan dan ia adalah satu misteri saintifik kerana tiada kesan medan magnet di sekeliling badannya. Saintis berkata, kulitnya juga normal dan tidak ada penjelasan untuk dihuraikan.Pada tahun 2006, beliau juga telah menarik bas seberat 10.6 tan dengan hanya menggunakan "kuasa magnet" pada badannya itu. Beliau kemudian menarik bas sejauh 3.4 meter dalam tempoh kurang daripada satu minit. "Saya sendiri terkejut dengan keupayaan yang luar biasa saya walaupun saya sudah berusia 78 tahun" katanya kepada pemberita. Sekumpulan profesor dari Universiti Teknologi Malaysia telah mendapati bahawa kuasa magnet Liew bukan disebabkan oleh magnet atau elektrik tetapi kerana kulitnya mempunyai daya menghisap yang luar biasa.



MANUSIA BERAMBUT PALING PANJANG
Tran Van Hay dari Vietnam, pasti telah menyelamatkan banyak wang dengan tidak menggunting rambutnya  lebih dari 31 tahun, mempunyai rambut sepanjang 20 kaki. Sebaliknya, beliau terpaksa menghabiskan banyak duit untuk membeli  syampu juga! Beliau disahkan oleh Guinness Book of World Records kerana mempunyai rambut terpanjang di dunia. Tran Van Hay, kini berusia 73 tahun, mempunyai rambut yang kini 6.3m (20 kaki 7 in) panjang. Dia berhenti memotong rambut semenjak isterinya mendapat anak pertama mereka.Beliau tidak memotong rambut untuk mengelakkan sakit kepala. Dia tidak boleh bekerja lagi sebagai petani kerana  rambutnya yang panjang. Dia hanya mengumpul herba untuk perubatan tradisional dan melakukan kerja-kerja amal. 

ITIK BERKAKI EMPAT
Seekor anak itik yang pendek dan gemuk, dengan tambahan dua kaki di belakang ia berjalan dengan tergedek-gedek.Menurut pemiliknya, "Kami akan memastikan ia sihat dan mudah-mudahan dia akan mampu berjalan dengan baik di sekitar kediaman kami dengan menggunakan tambahan dua kaki lagi sebagai penstabil. "Keadaan itik pendek dan gemuk itu telah memperoleh kemasyhuran, dia menjadi tajuk utama akhbar dan membuat penampilan televisyen di seluruh dunia selepas kelahirannya juga blog dalam talian telah memastikan peminat boleh mengikuti setiap langkah beliau.