Thursday, August 29, 2013

KEMALANGAN LUAR BIASA

Julia Popova terselamat dari kematian dan masih mampu berjalan untuk mendapatkan rawatan walau pun sebilah pisau sepanjang 6 incik terbenam di tengkuknya.Doktor berjaya mengeluarkan pisau tersebut tanpa merosakkan tulang belakangnya.Menurut doktor,Julia tidak merasa kesakitan kerana rasa terkejutnya yang amat sangat.

Seorang nelayan di West Virginia telah mengalami kemalangan ngeri ketika beliau memandu bot berkuasa tinggi.Sebatang tiang sedesar 7 inci telah menembusi bahagian dubur beliau dan terjulur keluar di bahagian kiri pinggangnya.Menakjubkan beliau hanya kehilangan sedikit darah dan berjaya diselamatkan dan kembali pulih

Tony Robert sungguh bertuah kerana masih hidup walaupun dikepalanya tertanam sebatang anak panah pemburu.Anak panah tersebut hanya beberapa cm sahaja dari mengenai otaknya namun anak panah itu telah tepat mengenai mata kanannya.Menurut saksi ini semua adalah kerja bodoh yang dilakukan Tony bersama sahabatnya.Sahabatnya cuba memanah tin minuman yang diletakan diatas kepala Tony

Supratim Dutta terselamat walaupun bahagian dadanya ditembusi besi 2 inci tebal sepanjang 5 kaki.Ajaibnya besi itu tidak mengenai mana2 bahagian organ penting dalam badannya.