Monday, September 17, 2012

BAYI PEREMPUAN MATI DICAMPAK IBU KANDUNG



Sebak hati aku bila terbaca satu kisah didada akhbar hari ini...Kisah seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan kehilangan nyawa akibat kejahilan ibunya sendiri.Kisah berlaku di sebuah flat di Petaling Jaya ketika semua rakyat Malaysia sedang meraikan cuti Hari Malaysia.Sepatutnya bayi itu mendapat layanan yang istimewa kerana dilahirkan pada tarikh yang bersejarah ini.Namun sebaliknya,ia kehilangan nyawa dengan cara yang amat memilukan.lebih-lebih lagi ditangan ibunya sendiri.

Menurut sumber,bayi perempuan itu telah dicampakkan oleh ibunya sendiri melalui tingkat 3 flat tersebut.Bayi itu dikatakan baru dilahirkan melihat pada keadaan bayi yang masih bertali pusat.Menurut seorang saksi kejadian,sebelum menemui bayi itu,beliau mendengar bunyi sesuatu yang jatuh terhempas.Melihat dari jauh,beliau menganggap benda itu adalah sebuah anak patung.Namun setelah dihampiri,beliau terkejut ia sebenarnya sesusuk tubuh bayi yang telah tidak bernyawa lagi dengan keadaan kepalanya yang penyek akibat terhempas.Bayi itu tidak menangis sebaik ditemui,dipercayai telah meninggal dunia akibat jatuhan dari tempat yang tinggi.

Dalam masa yang sama seorang gadis berusia 20 an telah ditangkap di flat tersebut.Semasa ditahan,wanita yang belum berkahwin itu kelihatan lemah tidak bermaya.Siasatan awal mendapati wanita itu melahirkan sendiri bayinya di flat itu tanpa bantuan sesiapa.

Sering aku terfikir,bagaimana wanita yang melahirkan anak diluar nikah ini begitu mudah melahirkan bayi tanpa bantuan sesiapa.Sedangkan ibu yang sah terpaksa berhempas pulas menyambung nyawa dihospital menantikan saat kelahiran...?Adakah ini anugerah untuk mereka yang melakukan maksiat,maka mereka dipermudahkan untuk melahirkan bayi..Lantas mereka tidak merasai perit getir ketika melahirkan...Dan mungkin itu penyebab mereka tidak langsung menghargai bayi yang baru dilahirkan walaupun bayi itu zuriat mereka sendiri.Entah lah,aku ppun tak tahu...Mungkin mereka ini lebih kepada malu pada masyarakat dari takut kepada tuhan....

Takziah dari aku dan marilah kita sama-sama menghadiahkan Al fathihah..Semoga roh bayi itu dirahmati tuhan dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman....Assalammualaikum.