Tuesday, December 25, 2012

KITA LEBIH ZALIM

Dunia telah digemparkan dengan berita keganasan Israel di Gaza.Saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita dan gambar-gambar yang memperlihatkan keganasan Israel.Seluruh dunia mengutuk tindakan dan keganasan Israel itu.Begitu juga dengan kita dan negara kita,Malaysia.Kita turut sama melahirkan rasa kesal dan marah dengan tindakan Israel itu.Berbaagai-bagai usaha dan tindakan telah kita ambil untuk menghentikan tindakan zalim Israel,seperti bersholat hajat di masjid-masjid,tunjuk perasaan sacara aman,sidang-sidang akhbar,kutipan derma dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum,tindakan Israel itu telah mengorbankan banyak nyawa.Tak kira muda, tua, kanak-kanak,lelaki mahupun wanita telah menjadi mangsa kezaliman Yahudi.Melihat keadaan mayat kanak-kanak yang terbunuh,membuatkan air mata kita berlinang...Tak dapat nak dibayangkan kalau perkara itu berlaku di negara kita...

Namun....Korang terlupa sesuatu...Sezalim-zalim Yahudi,mereka tidak membunuh anak sendiri,mendera anak sendiri dan membuang anak sendiri...Dalam kesibukan kita membela nasib rakyat Palastine di gaza kita terlupa yang anak bangsa kita sendiri lebih zalim dari Yahudi...Mereka berketurunan Melayu,beragama islam...Tetapi mereka berkelakuan lebih zalim dari yahudi...Mereka sanggup membunuh anak yang dikandung selama 9 bulan.Mereka sanggup mendera anak yang lahir dari darah daging sendiri.Mereka sanggup membuang anak yang baru dilahirkan tanpa rasa bersalah seakan-akan mereka terlupa mereka yang menyebabkan anak itu dilahirkan.

Kezaliman ini berlaku hampir setiap minggu disekeliling kita.Kenapa tindakan yang diambil tidak sehebat tindakan yang kita berikan kepada rakyat Palastine di Gaza?Kenapa kemarahan kita tidak meluap-luap seperti kemarahan kita kepada Y

ahudi?Kenapa kita hanya sekadar membacanya diakhbar kemudian mengeluh dan melupakannya dalam sehari dua?

Kenapa kita tidak berarak dijalanan secara aman meminta perkara ini jangan diambil ringan?Kenapa kita tidak bersholat hajat beramai-ramai dimasjid meminta perkara ini tidak berulang lagi dinegara kita?Kenapa terlalu kurang kutipan derma untuk membantu mereka-mereka ini yang telah insaf dan bertaubat.Kenapa kita hanya pandai memandang hina kepada mereka tanpa melakukan sebarang tindakan besar-besaran untuk membenterasnya dari berulang lagi?

Jadi beremosilah dulu dengan kezaliman yang berlaku dinegara kita sebelum kita cuba membetulkan keadaan diluar sana.

Sesungguhnya "TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM,KECUALI KAUM ITU SENDIRI"

Maaf dari aku,coretan aku ini bukan untuk menyokong keganasan.Cuma sekadar peringatan untuk aku dan untuk yang mahu berfikir.Maaf sekali lagi,


HANYA ALLAH S.W.T YANG MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALANYA