Monday, September 17, 2012

BAYI PEREMPUAN MATI DICAMPAK IBU KANDUNG



Sebak hati aku bila terbaca satu kisah didada akhbar hari ini...Kisah seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan kehilangan nyawa akibat kejahilan ibunya sendiri.Kisah berlaku di sebuah flat di Petaling Jaya ketika semua rakyat Malaysia sedang meraikan cuti Hari Malaysia.Sepatutnya bayi itu mendapat layanan yang istimewa kerana dilahirkan pada tarikh yang bersejarah ini.Namun sebaliknya,ia kehilangan nyawa dengan cara yang amat memilukan.lebih-lebih lagi ditangan ibunya sendiri.

Menurut sumber,bayi perempuan itu telah dicampakkan oleh ibunya sendiri melalui tingkat 3 flat tersebut.Bayi itu dikatakan baru dilahirkan melihat pada keadaan bayi yang masih bertali pusat.Menurut seorang saksi kejadian,sebelum menemui bayi itu,beliau mendengar bunyi sesuatu yang jatuh terhempas.Melihat dari jauh,beliau menganggap benda itu adalah sebuah anak patung.Namun setelah dihampiri,beliau terkejut ia sebenarnya sesusuk tubuh bayi yang telah tidak bernyawa lagi dengan keadaan kepalanya yang penyek akibat terhempas.Bayi itu tidak menangis sebaik ditemui,dipercayai telah meninggal dunia akibat jatuhan dari tempat yang tinggi.

Dalam masa yang sama seorang gadis berusia 20 an telah ditangkap di flat tersebut.Semasa ditahan,wanita yang belum berkahwin itu kelihatan lemah tidak bermaya.Siasatan awal mendapati wanita itu melahirkan sendiri bayinya di flat itu tanpa bantuan sesiapa.

Sering aku terfikir,bagaimana wanita yang melahirkan anak diluar nikah ini begitu mudah melahirkan bayi tanpa bantuan sesiapa.Sedangkan ibu yang sah terpaksa berhempas pulas menyambung nyawa dihospital menantikan saat kelahiran...?Adakah ini anugerah untuk mereka yang melakukan maksiat,maka mereka dipermudahkan untuk melahirkan bayi..Lantas mereka tidak merasai perit getir ketika melahirkan...Dan mungkin itu penyebab mereka tidak langsung menghargai bayi yang baru dilahirkan walaupun bayi itu zuriat mereka sendiri.Entah lah,aku ppun tak tahu...Mungkin mereka ini lebih kepada malu pada masyarakat dari takut kepada tuhan....

Takziah dari aku dan marilah kita sama-sama menghadiahkan Al fathihah..Semoga roh bayi itu dirahmati tuhan dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman....Assalammualaikum.

Sunday, September 9, 2012

PETUA MUDAH MENCEGAH SAKIT MATA


     Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Aku harap korang sehat hendaknya...Kalau tak sihat,cepat-cepat cari penawarnya....Sehari dua ni aku asyik cerita pasal penawar je...Harap korang tak kesah.Aku minta maaf la kalau blog aku ni tak macam blog orang lain.Maksud aku blog aku ni ditulis berdasarkan nukilan rasa dari hati aku,apa yang aku alami,apa yang aku ketahui dan apa yang aku tempuhi...Memang blog aku ni kurang mendapat sambutan ramai,sebab tak ada kisah artis sensasi disana-sini,tak ada kisah gosip-gosip panassss,tak ada kisah cintan-cintun meleleh-leleh,cuma apa yang aku cuba hidangkan,secebis nukilan rasa agar dapat dikongsi jika boleh membawa perubahan kepada kebaikan..Dan aku akan meminta korang menilai dan berfikir dengan otak yang waras...Kerana setiap apa yang aku tulis tersembunyi sesuatu yang bermanfaat kalau korang tahu penggunaannya dalam kehidupan seharian.....Maaf lah kalau aku melalut sikit...Dah tabiat aku macam tu,,hehe..

     Hari ni aku ada satu petua mudah(mudah kalau bendanya ada pada korang)untuk korang amalkan kalau berminat...Korang pernah tak rasa sakit atau pun pedih-pedih pada mata korang bila korang terlalu lama on  mengadap  komputer atau yang seangkatan dengannya.

     Baru-baru ni aku pun mengidap jugak...Bangun pagi terasa  mata pedih dan berair...Ada gak rasa gatal-gatal  dan sedikit lendir keputihan..Tapi tak le berkaler merah..Mula rasa gabra jugak,manalah tahu kena sakit mata la pulak...Bila aku fikir-fikir balik,baru ingat dah seminggu aku tidur pukul 3,4 pagi kerana asyik mengadap komputer.Dan tiba-tiba aku terimbas kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu,semasa aku kerap mengadap tv sampai larut malam...Penyakit inilah yang aku sering alami...Bangun pagi nak pergi ke sekolah,mata susah nak buka,gatal dan berlendir....Dan seperti biasa mak aku akan mengawal keadaan dengan leteran-leteran berbisanya...Masa tu penghujung tahun 70an,mana nak cari ubat sakit mata beb..Daripada beli ubat sakit mata seperti yang ada sekarang,lebih baik beli beras.Kenyang satu keluarga.

     Seperti biasa mak aku akan bawa aku kebelakang rumah.Ditepi reban ayam ada serumpun pokok pisang nangka.Dan apa yang ada pada daun pisang tulah yang aku jadikan penawar  sakit mata yang sering aku alami. Apa yang ada pada daun pisang tu?Tak ada lah EyeMo kat daun pisang tu...Cuma yang ada hanyalah titisan embun yang memutih bak salji.Itulah jawapannya.Korang cuma perlu lekapkan muka korang pada daun pisang tu sambil mata dalam keadaan terbuka.Biarkan air embun tu masuk kemata korang.Lakukan secukup rasa...Sehingga korang terasa mata betul-betul segar...Lepas tu biarkan seketika sebelum korang bilas dengan air yang bersih.InsyaAllah,kalau korang yakin macam aku,sakit tu akan hilang menjelang tengah hari....Tapi ada syaratnya...Kalau malamnya nanti korang on balik sampai pukul 4 pagi,InsyaAllah,pagi esoknya korang akan mengidap semula penyakit tu..Haha..Jadi tak ada manfaat langsung untuk korang bangun pagi cari daun pisang berembun tapi mata masih sakit....

     Terpulang pada korang nak percaya ke tidak.Pada yang nak cuba,baguslah..Dan pada yang nak berfikir tu,cuba fikirkan sejenak,tak mustahil kandungan air embun tu sama dengan kandungan ubat mata yang dijual dipasaran.Berfikir diluar tempurung,jangan berfikir dari lubang tempurung...Bermulanya dunia ini,bermulalah penyakit...Namun penyembuhannya tak sama dahulu dan sekarang....Andai kata jika EyeMo itulah satu-satunya ubat yang boleh menyembuhkan penyakit mata,aku percaya,ramailah orang dulu-dulu yang mengidap sakit mata sampai ke mati...Kerana zaman dahulu tiada EyeMo.....Hahaha..Apa-apa pun,maaf dari aku sekali lagi andai ada silap dan terkasar bahasa,berfikirlah dengan jiwa yang tenang selagi hayat dikandung badan..Assalammualaikum-                                     

Friday, September 7, 2012

PETUA MUDAH MENCEGAH KENSER PAYUDARA


Korang kenal daun sireh?Kalau tak kenal korang pasti berasal dari eskimo...hahahaa..Ni aku nak cerita sikit pasal daun sireh.Dulu nenek aku selalu pesan,kalau nak gigi yang tahan,kene makan sireh....Tapi aku tengok gigi nenek aku abis hancai kerana makan sireh...Jadi fakta tu tak benar lah..Pas tu nenek aku bagi tahu lagi,katanya sireh ni banyak kegunaannya kepada orang perempuan....Aku angguk kepala je lah....Maklum lah,budak2.....Kata nenek,orang perempuan kalau nak elakkan penyakit yang paling mereka takuti,iaitu penyakit kenser tetek(sorry lah,nenek aku dulu cakap main lepas jer) kenser payudara kata orang sekarang,senang je....Aku tanya macam mana nek?Hahaha...Macam lah aku kenal penyakit tu,aku budak lagi masa tu....nenek kata,macam ni,engkau ambil beberapa helai daun sireh dan sebiji ibu kunyit,lalu masukkan kedalam blender bersama secawan air masak.....Lepas tu blender...Bila dah siap blender,tuang dalam cawan kata nenek.Jangan engkau hirup terus dari blender tu.....hahaha...Kelakar gak nenek aku ni dulu...Campuran tu boleh lah diminum terus sambil menutup hudung......kalau tak tahan,boleh termuntah balik.....memang piauuuu...

Kata nenek,kalau engkau....(adoi,aku pulak..) amalkan meminum sireh bercampur kunyit ni seminggu sekali,InsyaAllah penyakit kenser payudara tu dapat dihindarkan...dan kata nenek lagi,dapat bonus lak tu....Bonus apa nek...nenek kata,Nanti badan engkau(aku lagi...)akan berseri2 kemerah-merahan...Dan yang paling best kata nenek,tempat2 sulit korang akan berbau wangi......Aku tanya lagi,nek,tempat sulit tu ape?Engkau kecik,mana tahu...Ni tuk orang pompuan je....

la ni aku pun dah terlebih dewasa....Rasa-rasa aku,aku dah paham apa yang nenek maksudkan tu.Dan yang lebih penting lagi,segala yang nenek katakan tu,memang benar.Janji korang amalkan dan yakin...InsyaAllah...Jadi pada korang,orang pompuan yang tercari2 cara2 atau petua untuk mencegah kenser payudara,nah,ni dia....Cuma korang sanggup ke tidak...tak perlu keluar modal banyak........

Apa2 pun,selamat mencuba....Terima kasih nenek....tiada nenek,tiada lah mak aku,tiada mak aku,tiada lah aku.....Kehkehkeh...Assalammualaikum...