Monday, May 14, 2012

MAKMUM IBLIS DURJANA

   
     Sedih dihati aku bila aku melihat segelintir anak-anak muda yang seagama dan sebangsa dengan aku menjerit-jerit setengah gila seperti orang tak siuman,atau kerasukan syaitan,atau lebih tepat lagi seperti dibawah pengaruh dadah.Mengeluarkan kata-kata dan insyarat lucah.Besar sangatkah masaalah mereka sehingga mereka berkelakuan begitu?Masaalah apa yang mereka tanggung?Sehingga mereka boleh hilang akal dan pedoman?Walau sebesar manapun masaalah mereka,mereka tidak sepatutnya berkelakuan begitu.Itu bukan cara kita sebagai seorang melayu yang beragama islam.Itu bukan budaya kita.Itu bukan pegangan kita.

     Itu adalah tidak lebih dari hasutan dan bisikan syaitan.Tanpa kamu sedari,mereka bersorak sambil bertepuk tangan memerhatikan galagat kamu dijalanan.Seorang dari mereka berkata,"Kamu tengok,aku hanya bisikan ditelinga mereka sepatah ayat,lalu mereka menjerit sekuat hati seperti dalam kerasukan...."

"Apa yang kamu bisikan sahabat ku....Beritahulah aku,mungkin ia berguna untuk aku pula.."Tanya sahabatnya.

"Aku bisikkan begini,Sampai bila kamu harus berarak?Sampai malam?Sampai esok?Ini tidak menguntungkan kamu.Kamu akan menjadi lemah akhirnya dan suara kamu tidak diendahkan,kehadiran kamu seperti tidak dirasakan.Apa kata kamu tinggikan nada suara mu,semakin kuat kamu menjerit,semakin menjadi perhatian.Kalau masih tidak diendahkan,kamu huru-harakan keadaan.Rempuh segala halangan,musnahkan apa yang menghalang kamu,hancurkan semuanya.Nah,selepas itu pasti kehadiran mu akan dirasakan.Kamu tidak perlu takut,kerana kamu ramai.Lagi pun apalah sangat,sekadar menghuru-harakan keadaan.....Itulah ayat yang aku bisikan ketelinga setiap yang hadir,mana yang lemah imannya,terus menyahut seruan ku...Ha ha ha.."

"Engkau memang hebat sahabat ku,patutlah engkau digelar iblis durjana,dan tempat mu dineraka jahanam...Ha ha ha..."

"Kesimpulannya mereka akan bertelagah sesama islam.Mereka akan merosakan harta benda awam.Kan membazir namanya.Dan orang-orang yang membazir itu adalah sahabat aku....Itu terang-terang telah dinyatakan dalam islam....ha ha ha..."

     Dan mereka yang lemah imannya terus menyahut bisikan si iblis durjana.Sesiapa yang menghalang dibelasah.Apa-apa yang mengganggu dimusnahkan.Maka terjadilah pertumpahan darah.Harta benda awam dirosakan.Namun hasilnya tidak seperti yang dibisikan oleh si iblis durjana.Setelah beberapa lama,badan naik letih,perut pula dah lapar,silap haribulan kalau ditangkap polis,merengkok dalam lokap semalam dua.

     Akhirnya mana-mana yang mahu berfikir,akan tahu juga,bukan bersih yang mereka dapat,sebaliknya hanyalah timbunan sampah yang kotor.Dan mereka-mereka ini masih tidak serik,kalau dibisikan oleh si iblis durjana sekali lagi,mereka pasti akan meluru kejalanan sambil melaungkan perkataan bersih walaupun mereka tahu mereka hanya akan mendapat kekotoran dari sampah yang mereka hasilkan.Semua ini berpunca dari iman yang nipis.Senipis sehelai kertas A4...

     Jadi tak perlulah kita lakukan semua ini.Tiada satu kebaikan langsung.Dan kalau kamu rasa hendak juga berarak dijalanan,beraraklah semasa sambutan Maulidurrasul sambil bersalawat keatas junjungan besar nabi kita.Ada berani?Jangan asyik pandai menjerit,lakukan sesuatu yang bermanfaat.Itu baru mukmin sejati.Bukan makmum iblis durjana.

     Dan BERSIH 3.0 itu sebenarnya adalah SAMPAH 3.0 tan.Fikirkanlah selagi diberikan nafas dimuka bumi ini.....