Friday, April 1, 2011

PERNAH KORANG AMBIL PEDULI..?

Sekadar gambar hiasan
       Segala apa yang kita lakukan didalam masjid haruslah secocok dengan kemuliaan masjid sebagai tempat beribadat.Adakah kita semua faham akan maksudnya?Berapa ramai antara kita yang ambil berat?Pagi jumaat yang mulia ini aku nak cerita sikit pasal satu isu baru2 ni berkenaan dengan kegairahan anak2 muda kita untuk bernikah(akad nikah)di masjid.Dari pemandangan aku,ada baik dan buruknya.Akad nikah dimasjid itu baik.Yang tak baiknya perangai kita.Ramai yang ingin melakukan akad nikah dimasjid.Aku setuju,tetapi adakah kita memikirkan beberapa perkara..?

     baiklah,aku tak nak cerita pasal baiknya.Aku nak cerita pasal keburukkannya sahaja.Kerana aku rasa dengan menceritakan keburukkannya,maka akan timbul kesedaran dihati kita untuk memperbaikinya kepada kebaikan.Insyaallah.

     Aku banyak menghadiri majlis akad nikah di masjid.Biasanya majlis tu berlangsung dimasjid2 besar dalam kawasan bandar.Ini kerana semua kemudahan lengkap disediakan.Kebiasaannya akad akan berlangsung didalam ruang pejabat sesebuah masjid itu.Bagaimana dengan majlis yang diadakan dimasjid2 kecil didalam kampung2..?Apa yang aku lihat,kebanyakkan majlis akad nikah itu dilakukan didalam ruangan solat.Apa keburukan yang korang nampak bila akad nikah itu dilakukan di ruang solat masjid..?kenapa dilakukan diruangan solat?Ini kerana masjid kecil itu tidak mempunyai ruang pejabat yang membolehkan akad nikah dilakukan.Akad nikah yang dilakukan didalam masjid itu tiada cacat cela sebenarnya.Yang mencacatkan adalah segelintir tetamu jahil yang turut hadir.Korang jangan salah tafsir ayat aku.Kang tak pasal2 aku kena tahan kerana merosakkan akidah korang.

     Ingin aku persoalkan disini,

1]Ramai saudara mara dan hadirin akan ikut serta kedalam masjid.Adakah mereka ini semua akan mengikut ataupun tahu tertib ketika didalam masjid..?Berapa ramai yang ikut masuk kedalam masjid itu akan solat 2 rakaat tahhiyatulmasjid sebelum melabuhkan punggung..?Tahu atau tidak,peringatan untuk solat itu ada terpangpang didalam setiap masjid."Jangan kamu duduk sehingga kamu solat 2 rakaat tahhiyatulmasjid"Bagaimana..?Pernah anda ambil berat..?

2]Dapatkah mereka2 yang masuk kedalam masjid ini untuk menjaga tuturkata dan tingkah laku?Mampukah kita menjaga tutur kata dari menceritakan hal2 duniawi..?Dapatkah kita lari seketika dari sifat semulajadi kita yang suka menceritakan @ mengumpat hal orang lain?Bagaimana dengan tingkah laku kita?Adakah kita duduk berasingan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim?Rata2 aku perhatikan dari pengalaman aku,kita akan duduk bercampur dengan membuat separuh bulatan mengelilingi pengantin lelaki dan tok kadi.Adakah ini baik,sedangkan ketika bersolatpun diasingkan lelaki dan perempuan..?

3]Bagaimana pula dengan pakaian dan aurat?Yang lelaki biasanya selamat.Yang perempuan macamana?Adakah anda telah memastikan aurat anda ditutup sepenuhnya sebelum kemasjid?Ramai perempuan yang kantoi kerana tidak memakai kain tudung.Ini terjadi kerana mereka terikut2 dengan ajakan kawan2 disaat akhir untuk sama2 pergi menyaksikan majlis akad nikah dimasjid.Kalau mereka merancang lebih awal,mereka akan membuat persediaan,iaitu memakai kain tudung walaupun selama ini tak pernah nak pakai.Dari segi pakaian pula,semuanya menutup badan,tetapi ada juga yang tidak menutup aurat sepenuhnya.Manakan tidak,kalau dah yang dipakai tu kebaya sengkat dan kebarung ketat bagi perempuan.Tak kelain ceritanya bagi kaum lelaki yang sama2 berada didalam masjid..?

4]Bagaimana pula dengan perempuan yang didatangi haid?Bukan aku nak kata semua,tetapi adalah segelintir yang tak paham hukum hakam akan ikut masuk juga kedalam masjid.Nak buat macam mana,kalau yang nak diakad tu abang atau pun adik kesayangan.Masuk juga lah,orang bukan tahu.....Tambah2 pulak ditangan dah tersedia kamera digital dan kalau paling bangang kamera handset untuk merakam saat2 kemuncak.

5]Aku nak tambah sikit pasal handset ni bagi kaum lelaki.Perempuan aku tak pasti.Rata2 yang masuk kedalam masjid tu semuanya mempunyai handset.Adakah anda sudah pastikan kandungan yang terdapat didalam handset anda itu bebas dari unsur2 sex dan kelucahan..?Bukan apa,ada juga lah yang suka menyimpan kandungan berunsur macam tu kat dalam handset.Jadi kalau tahu,buangkanlah dulu sebalum masuk.Jangan jadikan kunjungan anda kemasjid itu satu yang sia2.

   Banyak lagi kalau nak aku tulis disini.Tapi korang faham2 le..aku bukan penulis tegar yang tahan duduk depan pc 24 jam.Ini pun punggung aku dah panas.Sedikit kesimpulan disini,bagi anda semua yang belum bernikah dan ada hati nak langsungkan akad nikah dimasjid tu,bawak2 lah berfikir.Fikirkan baik dan buruknya.Jangan kerana kebanggaan menikah dimasjid anda telah mengundang bersama perkara yang tak baik kedalam masjid.

   Perlu diingat,aku menulis ni bukan untuk menakut2kan anda semua yang ada hati nak menikah dimasjid.Kalau ilmu dah diisi,kemudahan yang tersediapun lengkap,teruskan sahaja.lupakan sahaja tulisan aku ni.Kerana mendirikan masjid itu seeloknya bermula dimasjid.Maaf dari aku,andai ada yang tersinggung.Berfikir sejenak lebih baik dari termenung sehari suntuk.

    Apa2 pun,selamat mendirikan rumah tangga dan selamat menempuh segala dugaan yang bakal mendatang.Kerana rumah yang ceria belum tentu pinggan mangkuk tak melayang......Ha ha ha.....

=======ASSALAMMUALAIKUM=======