Friday, January 14, 2011

ADA AKU PEDULI..?

  
     Facebook ditutup...?Ada aku peduli...?Ada la sikit2...Kalau korang tanya aku,aku setuju sesangat facebook neh ditutup.Banyak sangat keburukan yang dibawanya.Kebaikannya ada jugak,tapi tak lah sebanyak keburukkannya.Namun,disebalik korang sibuk membicarakan kebaikkan dan keburukkan facebook neh,aku lebih suka membicarakan kenapa facebook ini diwujudkan...


     Tak nak tanya aku balik kenapa..?Beginilah,senang cerita,facebook neh tak lebih dari propaganda yahudi untuk menjahanamkan umat islam didunia ini...Korang sedar atau tidak,itulah kenyataannya.Keseronokkan kita melayari facebook,membuatkan kita terlupa atau tak mau ambil tau apa sebenar tujuan facebook diwujudkan.Dah banyak yang aku dengar.Suami isteri bergaduh kerana facebook.Main kayu tiga dalam facebook bersama suami atau isteri orang perkara biasa.Fitnah,mengadu domba,hasutan dah jadi macam ulaman dalam facebook.Kalau tak ada ulaman tak berselera pulak nak melayan facebook.Yang terbaru,pasal bikini di Bali.Apa yang korang fikirkan..?Seronok dapat lihat artis pujaan berbikini..?Sedar atau tidak,si yahudi sedang duduk bersandar dikerusi malas sambil mentertawakan korang..Kenapa..?Korang fikir le..


     Aku ada jugak mengikuti kuliah2 agama dan kelas tahmil.Boleh dikatakan setiap ustaz yang berceramah,kalau menyentuh pasal yahudi,pasti ayat ini akan diucapkan."Si yahudi tidak tidur siang dan malam dok fikir macamana nak hancurkan umat islam...""Sedangkan kita tidur lena 24 jam sampai meleleh air liur basi..."Korang masih tak faham..?Macam ni lah,facebook adalah satu cara si yahudi untuk menjahanamkan umat islam.Korang marah dengan pendapat aku..?Terpulang..Kalau sayangkan islam,biarkan sahaja facebook ditutup.Jangan pulak nanti korang wujudkan kelab penyokong"kami tak mahu facebook ditutup"Kalau jadilah macam tu, tak dapat lae eden nak nolong.Sok2 ekau jawablah sesorang.


     Seorang bekas PM kita pernah berkata"Melayu(islam) mudah lupa.."Bagi aku"Melayu mudah hancur.."Kenapa..?Mudah,Imannya senipis kuli bawang...Apa2 pun,aku mohon maaf andai ada yang tersinggung.Penilaian dari otak yang waras diperlukan.

                                                              Assalammualaikum