Wednesday, November 17, 2010

PENGORBANAN YANG SIA-SIA

     Aku tak balik raya ni,kerja.Ala raya haji jew...Kalau raya puasa tu lain le.Ayat yang biasa kita dengar bila tiba hari raya aidil adha@raya haji@raya korban.


     Apa kurangnya aidil adha,apa lebihnya aidil fitri?Bagi aku kedua2nya sama penting.Kedua2nya hari kebesaran umat islam.Kedua2nya hari kemenangan umat islam.


     Sesungguhnya sebahagian umat islam zaman sekarang,sudah tidak menghiraukan lagi kedatangan aidil adha.Tidak menghiraukan lagi kepentingan aidil adha.Bagi mereka tiada apa lagi yang nak diraya kan.Bagi mereka tiada apa lagi yang nak dinantikan.Bagi mereka tiada apa lagi yang nak dipelikkan.


     Mana tidaknya,sebahagian dari mereka telah berkorban semenjak awal tahun lagi.Suami korbankan keluarga semata2 nak tambah lagi satu cawangan.Isteri korbankan aurat semata2 nak nampak cantik pada pandangan umum.Anak perempuan korbankan dara semata2 kerana cinta monyet.Anak lelaki korbankan nyawa demi dadah durjana....Apa lagi..?Budak2 sekolah korbankan masa depan demi berlayar di internet.Awek2 kampung korbankan ibu bapa demi kekasih gelap dari seberang.Awek2 bandar korbankan maruah demi mencari erti kebebasan.Mat2 rempit korbankan anggota badan demi melayan keseronokan seketika.Pak2 lebai korbankan agama demi ajaran sesat.....Dan bermacam2 pengorbanan lagi.Yang kalau aku tulis,sampai lusa pun belum tentu habis.


     Jadi jelaslah kepada kita kenapa sebahagian dari umat islam zaman sekarang sudah tidak mempedulikan lagi keperluan menyambut aidil adha dan kepentingan berkorban.Mereka sudah puas berkorban.Mereka sudah letih berkorban.Namun mereka tetap berkorban dengan cara mereka,walaupun tahu dan nampak orang2 terdahulu dari mereka yang terkorban semata2 untuk satu pengorbanan yang sia2.


     Namun bukan semua.Sebahagian dari kita masih menantikan ketibaan aidil adha.Masih merasai kemeriahan aidil adha.Solat sunat aidil adha.Menyembelih binatang korban.Ziarah saudara dan taulan.Semua itu amat bermakna bagi mereka yang memahami erti sebenar aidil adha.


     Selamat menyambut hari raya aidil adha dari aku dan keluarga,buat semua muslimin dan muslimat.Maaf ku pinta andainya sepanjang aku berkarya ini,ada yang tersentuh dan terkena....Aku juga manusia biasa,tak lepas dari kesilapan......


                               -Assalammualaikum-